muka suwat...

Saturday, January 15, 2011

Hukum bina rumah ibadat agama lain.

          Aku baru lepas ym dengan kawan aku. Kawan aku tu seorang arkitek dan pereka dalaman. Sekarang dia tengah risau pasal dia kena handle projek buat gereja.

           Tak kan lah nak berhenti kerja. Nak cari kerja sekarang ni bukannya senang. Tapi kalau boleh tolak secara baik dan bos pon boleh faham situasi kita, mesti best kan....

          Tu lah dugaan bekerja dengan orang bukan islam. Bos pon bukan faham. Ye lah.... bukan salah dia pon. Dia bukan tahu yang agama kita tak benarkan kita buat rumah ibadat agama lain. Sekarang ni keputusan semua terletak pada dia. Aku harap dia dapat buat keputusan yang terbaik.



           Kalaulah kita dipecat majikan kerana kita tidak mahu melakukan kemungkaran, pasti hidup kita lebih berkat, kan. Sebab, rezeki Allah yang bagi. Rezeki ada di mana-mana. Tapi, kalau benda macam ni jadi pada diri kita sendiri, apa yang perlu kita buat.... nak berhenti kerja....? mesti kita fikir banyak kali, betul tak.....?
           
          Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, Kau turunkanlah. Jika rezekiku masih di dalam bumi, Kau keluarkanlah. Jika sukar, kau mudahkanlah. Jika jauh, kau dekatkanlah. Jika haram, Kau sucikanlah. Ya Allah, sesungguhnya aku mencari keredoan Mu. Permudahkanlah urusanku. Amin.

p/s: Takut balasan Allah.... Nauzubillahiminzalik

2 comments:

  1. Hukum membina Gereja/Tokong etc :

    -Kebanyakan para ulama mengharamkan seseorang muslim bekerja untuk gereja. Ini kerana apabila seseorang muslim bekerja untuk gereja, ini membawa kepada orang Islam membantu pihak gereja dan rumah-rumah ibadat lain sedangkan gereja adalah tempat untuk menyeru manusia agar tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir.

    Apabila seseorang muslim bekerja di dalam gereja atau mana-mana rumah ibadat agama-agama lain, ini akan menyebabkan seolah-olah gereja dan rumah-rumah ibadat tersebut dihormati dan dibesarkan bahkan tindakan seseorang muslim yang bekerja di dalam gereja akan membawa unsur penghinaan terhadap umat Islam. Ini jelas kerana apabila seseorang Islam yang tidak bersetuju dengan agama yang menyekutukan Allah bekerja untuk gereja, ini bermakna pihak gereja telah menghina muslim tersebut dengan cara menjadikannya pekerja di bawah pihak gereja.

    Oleh kerana tindakan seseorang untuk membantu orang lain melakukan maksiat adalah haram, maka apabila seseorang muslim bekerja untuk gereja, maka dia telah membantu menghebatkan gereja yang bertugas untuk maksiat iaitu menyeru masyarakat menyekutukan Allah Taala. Oleh itu, berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, bekerja di dalam gereja ataupun untuk kebaikan pihak gereja adalah haram.

    Pandangan para ulama di dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah

    Walaubagaimanapun, para fuqaha dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah berbeza pandangan dengan pandangan kebanyakan para ulama. Mereka berpandangan bahawa apabila pekerjaan yang dilaksanakan adalah halal dari sudut asal pekerjaan tersebut, maka pekerjaan tersebut adalah halal.

    Sebagai contoh, membina bangunan itu pada asalnya adalah halal. Maka apabila seseorang mengambil upah untuk membina gereja ataupun memperbaiki bangunan gereja yang rosak, hukum pekerjaan si muslim tersebut adalah halal dan dibolehkan. Ini kerana membina bangunan ataupun memperbaiki bangunan yang rosak bukanlah satu perbuatan yang mempunyai maksiat.

    Membersihkan gereja, memotong rumput di gereja, menyediakan bunga untuk majlis-majlis perkahwinan di gereja dan menyediakan hamparan di dalam gereja sebagai contoh adalah pekerjaan yang tidak mengandungi maksiat pada asalnya.

    Oleh itu berdasarkan pandangan para ulama di dalam Mazhab Al-Imam Abu Hanifah, seseorang muslim itu boleh untuk mengambil upah dengan bekerja di dalam gereja disebabkan pekerjaan yang dilaksanakan tersebut adalah pekerjaan yang halal pada asalnya.

    Walaubagaimanapun, sekiranya pekerjaan yang dilaksanakan adalah haram pada asalnya seperti membuat salib, menyediakan pakaian khas untuk para paderi dan melukis gambar-gambar tuhan bagi orang yang tidak beragama Islam seperti gambar Nabi Allah Isa, Buddha dan dewa-dewa dalam agama Hindu, maka seseorang muslim tersebut adalah diharamkan

    untuk melakukan pekerjaan seperti itu.

    Sebahagian para ulama semasa mencadangkan agar orang Islam tidak bekerja sama sekali untuk kepentingan gereja melainkan apabila terpaksa dan tidak mempunyai pekerjaan lain. Namun seandainya ada pekerjaan lain, maka sebaiknya orang Islam memilih pekerjaan-pekerjaan yang lain agar tidak memberikan sumbangan walaupun sedikit untuk kepentingan gereja dan rumah-rumah ibadat lain.

    Namun, sekiranya ada orang Islam yang bekerja di dalam gereja ataupun untuk kepentingan gereja, maka berdasarkan pandangan ulama dalam Mazhab Al-Imam Abu Hanifah, pekerjaan tersebut adalah halal.

    Wallahu A'lam.

    jeffrey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jeffrey... n alhamdulillah member u pon dah benti keje kat situ... die kerje kat tempat lain dah.....

      Delete

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...