muka suwat...

Wednesday, January 12, 2011

Waaaaa~ aku takut tinggi T_T


          Selama ni aku tak sedar apa benda yang paling aku takut. Sebab banyak sangat benda yang aku takut. Aku takut ular, ulat bulu bahkan semut. Tapi cam katak, sesumpah, tikus, cicak, tak takot..... kot~~~ heee~~

          Tapi kan, aku rasa antara benda yang paling aku takut adalah ketinggian. Yep.... ketinggian... baru aku ingat, selama ni tak sedar. 

          Masa aku darjah 3, aku cari sepupu aku kat kelas dia. Tingkat 4. Sampai je tingkat 4, aku tak boleh diri tegak. Lutut dengan kaki aku menggigil-gigil. Tapi aku gagahkan jugak naik. Aku dah cuba, tapi tak boleh. Aku lekap kat tepi dinding dan jalan macam ketam. Tak sanggup tengok bawah, aku merangkak pulak. Lepas tu turun je, dah tak sanggup dah nak duduk atas tu lama-lama. Tapi darjah 6 dapat kelas atas sekali jugak. Lepas tu  ok dah dah tak takut. Tapi setakat 4 tingkat je la. Tu pon, kalau aku pandang bawah lama-lama, aku jadi pening.   
     
          Sebelum ni pernah jugak aku terpaksa naik tangga untuk panjat ke platform yang lebih tinggi. Gigil-gigil kaki. Nak dekat sampai atas aku pandang bawah, erghhhhh... gayatnya.... Sampai je kat atas, aku tinjau kerja yang perlu aku buat. Siap semua, aku dah tak boleh nak turun. Takutnya. Semua orang yang ada masa tu, sibuk gelakkan aku. Terpaksa jugak aku turun. Dah tak ada cara lain. Tapi gigil-gigil la.

 

          Kalaulah aku kena naik menara setinggi ini. Bagi $4 juta baru aku buat. Tapi tak di nafikan yang ramai jugak orang yang tak takut tinggi. Macam mana dieorang ni semua buat yek.....  hurmmmm



         Binatang pon tak takut tinggi. Burung lagi la. Kucing, cicak..... mmmm..... rama-rama takut kot, sebab aku tak pernah tengok rama-rama terbang tinggi.


           So, bukan aku sorangkan yang takut tinggikan. Ade kawan. Tak pe lah......... Tapi sebenarnye bukan setakat tinggi je orang takut.. ramai orang tak sedar... Lebar pon orang takut jugak kan... Tol tak...



p/s: huhuhu.... aku semakin lebar... takutnye..... :(

No comments:

Post a Comment

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...