muka suwat...

Sunday, January 5, 2014

Penantian

Ape yang aku nantikan? Aku menantikan rezeki dari Allah... Dulu aku menantikan kehadiran seorang suami... dan aku dah dapat pun... Bukan suami saje... Aku dapat jugak 2 orang anak lelaki sejurus aku di ijab kabulkan... Jadi ape lagi yang aku sedang nantikan? Aku sedang menantikan kehadiran seseorang atau mungkin lebih dari seorang sebagai pelengkap diriku juga sebagai tanda kasih sayang aku dan suami. Ya... anak... aku pernah mengandung... tapi tiada rezeki untuk anak itu lahir ke dunia ni.... tapi harapan masih ada... aku seorang wanita sehat yang masih ada harapan untuk hamil lagi.... kadang-kadang perit sangat rasanya bila datang bulan.... hampir setiap bulan aku kecewa. Tapi aku pasti, apa yang berlaku ada hikmahnya.... Allah maha mengetahui. Aku hanya mampu berdoa dan berharap supaya aku akhirnya akan dikurniakan rezeki yang aku harap-harapkan ni.... InsyaAllah....


Friday, October 25, 2013

Fikir Yang Baik Je

Fikir yang baik-baik..
cakap yang baik-baik..
Minta yang baik-baik..
Sangka yang baik-baik..
Insya'Allah..
Yang datang nanti
Semua yang baik-baik..


Thursday, October 24, 2013

Rezeki ada di mana-mana

Alhamdulillah syukur. In Sha Allah..Rezeki ada di mana-mana.

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
kredit to Ustaz  Mohd Kazim Elias

Penantian Satu Penyiksaan


Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan aku menanti..... seksanye menunggu ni.... dan bile aku datang bulan, luluh hati aku, aku tension, aku sedih..... tapi kenepe? Adekah aku menyalahkan tuhan? Adekah iman aku tak cukup kuat untuk hadapi ujian dari Allah... Sambil aku menulis, air mata aku menitis... Aku tak salahkan sesiape... Aku cume sedih... mungkin jugak ini balasan tuhan atas dosa-dosa aku yang lalu. Atau pun Allah nak aku lebih dekat dengan Nya.

Tapi Allah tahu, kenape Die buat macam nie.... kite hanya mampu merancang dan berusaha... Segala baik dan buruk Allah jugak yang tentukan.

Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa ibu bapa kami dan dosa saudara mara kami Ya Allah. Bantulah kami suami isteri mendapat cahaya mata, murahkanlah rezeki kami Ya Allah. kami sangat mengharapkan anak hasil cinta yang kami bina selama ini. Ya Allah kau lah pemberi rezeki, Ya Wahab, Kurniakanlah aku anak yang soleh, solehah dan musleh. Sempurnakan rohani dan jasmani mereka, jadikanlah mereka anak-anak yang baik dan anak yang berbakti kepada ibu bapa.

InsyaAllah.... amin.

Semua ade hikmahnye.........

Wednesday, October 2, 2013

Pejabat Kentut

Pejabat yang kentut ke model die yang kentut?
hak... hak... hak....

Pelukan Suami Boleh Elak Isteri Gemok

 ✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.


 ✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Tuesday, October 1, 2013

Meow Kenyit Mata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...