muka suwat...

Thursday, February 11, 2010

selipar

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…


Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”

lawak majalah ujang

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa

melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila

diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Monday, February 8, 2010

buku harian (Diary) isteri & suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...

Jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI


Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe.
Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia
kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat
yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini
tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum
tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu.
Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia
tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat
jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian,
dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya
dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur.
Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan.
Hidupku terasa bergoncang.....




BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!! TULLL...

kacang

Sewaktu melawat rumah org2 tua,Ah Seng duduk disebelah seorg nenek.Sambil berbual,ah seng memkn kacang yg terdpt di dalam sebuah balang atas meja disebelahnya.setelah agak lama berbual,ah seng sambil mengunyah kacang tersebut,bertanya kpd nenek berkenaan.


ah seng:nenek tak nak mkn ke kacang ni?sedap nek...

nenek:ooo..nenek tak boleh mkn cu.nenek cuma makan coklatnya aja,kemudian kacangnya nenek masukkan dlm balang tu.maklumlah,gigi tak ada...

Berita Baik dan Buruk

Seorang lelaki tua telah pergi ke klinik untuk membuat ujian kesihatan. Setelah doktor peribadi beliau membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, doktor tersebut mula berbincang dengan lelaki tua tersebut.
Doktor: Pakcik saya ada berita yang kurang menyenangkan dan berita gembira untuk disampaikan.
Pesakit: Baiklah....beritahu saya berita yang tak baik dulu.
Doktor: Pakcik telah menghadapi penyakit kanser yang kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun untuk hidup.
Pesakit: Apa!!!!!....saya cuma ada masa 2 tahun untuk hidup!!!!!!! Ok...apa pulak berita gembira nya....
Doktor: Pakcik juga ada penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi.

bahasa jepun

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. suka barang murah - MOTO SUKAMURA

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

postmen

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat .


Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

kesian

Ni kisah seorang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompeni besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap. Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

Wednesday, February 3, 2010

perbezaan antara marjerin dan mentega

> > Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam
> > belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Su ka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
 pelbagai perasa baru.

 TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

> > Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
 terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan
 asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

> > Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:  Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia buang nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

bill melambung

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami


telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;



Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati.

Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon

tempat ayah bekerja.



Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat

saya bekerja.



Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk

panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja

juga.



Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang

gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan

saya!!!....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...