muka suwat...

Tuesday, January 25, 2011

My eX-scaNdal



Wow….. harini mood aku baik… Alhamdulillah. Suka aku. Tadi….. masa aku tengah syok main basikal lepas balik dari kerja, aku teringat balik kisah-kisah lama. Rasa macam nak cerita pulak kat blog ni. Hahaha… agak peribadi sebenarnya.. Tapi tak apa lah…. Sekali-sekala.

Aku teringat pasal artikel “my ex-girlfriends” yang aku baca kat blog Susu Sejat dot com haritu. Senang cerita… tiru idea susu sejat la. Beliau cerita pasal bekas kekasih beliau. So, aku pon nak jugak cerita pasal bekas kekasih …ehhhhh…. Kami takda lah berkasih-kasihan….. Hanya skandel. Ye….betul Kak Gee….. kau jangan nak buat gossip pulak…. Tapi kalau kita dah lama stay dengan someone tu… lama-lama perasaan sayang akan timbul juga. Aku standardkan sebagai skandal sebab ketika aku berkasih dengan di sana, aku juga berkasih dengan di sinun.

Biasalah, anak muda… tapi rasa sayang aku kat mereka masih ada walaupun kami tak seakrab dulu. Waktu aku decide untuk tidak lagi mahu berkasih dengan mereka, aku dah fikirkan masak-masak. Mungkin ini yang terbaik untuk kami. Sekali sekala terserempak pernah juga kami keluar bersama. Tapi hanya sekadar teman dan aku hanya terima ajakan mereka sebulan atau dua bulan sekali sahaja.

Mahu kenal dengan mereka…? Jom aku kenalkan… Aku kenalkan ikut urutan taw. Aku kenalkan dengan yang paling rapat dulu okey.

Clik untuk kenal my ex-scandal


1.       Mee Segera
Kami dah saling kenal sebelum aku bersekolah tadika. Lama jugak aku berdating dengan dia nih. Dari kecik sampai ke besar. Walau pun rambutnya blond dan kerinting jambul di depan, berseluar yanki berkaki ayam, aku tetap suka dia. Aku tak fikirkan paras rupa kalau nak sayangkan seseorang. Baunya saja sudah buat aku terliur. Banyak kali kawan-kawan yang sayangkan aku ni sampaikan segala keburukan dia. Jahat la, tak bertimbang rasa la. Tapi baru sekarang aku tahu perangai sebenar dia, dan akhirnya aku decide supaya kami tak perlu berjumpa lagi. Tapi kadang-kadang aku tak dapat menahan nafsu bila terserempak. lagi la kalau ada telur sebutir atas dia. So, bile tak nak kempunan, aku jamah la sikit.


2.       Creamer Pekat Manis
Seriously, aku memang sayang dia, okey. Asal makan kat warung je aku ajak dia. Lagilah kalau dia pakai baju coklat(milo ice). Dia Nampak lebih kacak daripada biasa. Bukan kat warung je, aku memang selalu berkepit dengan dia masa study malam-malam kat poli dulu. Tak makan nasik pon takpa. Yang penting buah hati aku ni ada bersama menemani aku. Kami clash masa aku baca artikel kat internet bahawa dia ni sebenarnya seorang pengikis. Satu dunia dah tahu, aku je yang lambat dapat maklumat. Dia pengikis rupanya dan boleh menyebabkan aku terkena kencing manis dan osteoporosis.

3.       Jajan/Chickadees
Dia baik. Dia pemujuk. Dikala aku sedang bersedih, dia selalu menemaniku. Dari dulu kami memang rapat. Kamcing sangat. Pergi mana-mana pasti bersama. Ketika di dalam bas sewaktu pulang kekampung, menonton television dan menonton wayang. Orang ramai kata kami macam belangkas. Asyik berkepit saja. Tapi bila aku tahu bahawa dia sangat jahat sebenarnya, aku cuba sedaya upaya untuk berpisah dengannya. Sebak didada berdegup laju. Sekarang kami dah lama tak berhubung.

4.       Telur Masin & Ikan Masin
Ada dia je, mesti aku semakin berselera. Tambah lagi… dan lagi… dan lagi…. dan lagi…. Ada dia je dah cukup. Tak yah benda lain pon takpa.

5.       ABC Special
Nama pon dah sedap. Bila berjumpa saja pasti kami akan terlanjur. Oleh itu, bila aku tahu bahawa dia mengandungi creamer yang banyak terutama bahagian icecreamnya, aku mula mengelak berjumpa dengannya. Kalau dia call pon aku jarang angkat. Tapi kadang-kadang angkat jugak. Bukan apa, tak tahan.

6.       Cheesy Wedges
Kami dulu selalu dating kat KFC. Restaurant yang tersohor tu. Hampir dua tahun juga aku mintak clash . Kami masih berkawan, Tapi tak berapa rapat. Jarang-jarang contack.

7.       Roti Canai dan Jemput-Jemput
Dia orang ni bukannya tak hensem, hensom sangat. Tapi tu la, aku dah tak tahan lagi ngan bau minyak wangi yang dieorang pakai tiap-tiap kali berjumpa. Kami akan berjumpa mungkin dalam sebulan sekali jek. Tapi dia berkawan baik dengan kawan-kawan opis aku dengan family aku jugak. Bila dia ada, aku just say ‘hai’ (jamah).

8.       Roti Putih
Betullah orang cakap, don’t judge the book by its cover . Kulitnya yang putih gebu tu tak menjanjikan bahawa dia mempunyai isi hati yang putih bersih lagi suci. Aku biasanya bersikap hipokrit depan dia, berpura-pura baik, tapi dalam hati…. Tersangat-sangat benci.

9.       Air Bergas
Aku memang jarang keluar dating dengan dia nih. Dari dulu aku tak berapa suka. Tapi dia pandai merayu. Sekali dah terjebak, aku boleh terhanyut sepanjang hari. Aku telah sedaya upaya mengelak berjumpa dengannya. Biarlah dia nak kata apa pun. Yang penting aku selamat.

p/s: Harap aku berjaya singkirkan mereka dari hidup aku

2 comments:

  1. banyak tul scandal ko ek.. der yg jadi scandal aku sekarang nak2 maggi tu, klu malas nk kuar mkn tu jadi pengubat hati hehehe

    ReplyDelete
  2. Tu r.... my mr. scandal... dieorang sayang tol kat aq...aq yang menghianati cinta mereka....wawawa

    ReplyDelete

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...