muka suwat...

Sunday, January 9, 2011

Betapa beratnya solat tahiyatul masjid

          Ramai yang tak tahu sebenarnya yang solat tahiyatul masjid ni agak berat. Bukan solat tu berat, cuma ia terdiri daripada Sunnah Muakad. Sunnah Muakad ialah sunat yang diberatkan. Maksudnya, bile kita masuk ke dalam masjid, kita perlu mengerjakan solat tahiyatul masjid sebelum meneruskan urusan. Namun ada masa kita dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat tersebut atas sebab-sebab tertentu.

          
          Baru-baru ini (dah lama sebenarnya), aku ada dengar ceramah tentang Solat Tahiyatul Masjid ni la. Menurut ustaz tersebut, jika kita tidak melakukan solat ini ketika kita beriktikad di dalam masjid, kita mungkin akan mendapat kesukaran ketika hendak meniti titian silatur mustaqim. Nauzubillahiminzalik. Waallahulam. Allah lebih tahu. Walaupun kita hanya singgah sebentar di masjid untuk bayar zakat, atau belajar agama, bersedekah atau tumpang buang air sekalipun, kita perlu menghormati rumah Allah ini dengan bersolat sunat tahiyatul masjid.

          Aku memang serun bila dengar ustaz penceramah tu cakap macam tu. Ye la....pernah tinggalkan kot. Sebaiknya apabila kita masuk ke masjid, janganlah kita terus duduk. Kerjakan lah dulu solat ini. Jika mahu tumpang tandas, selepas buang air tu sebaiknya berwuduklah dan dirikan solat sebelum meninggalkan masjid jika kamu sudah mengerjakan solat fardhu sebelum ini di mana-mana.

         Jika kita terlambat masuk ke masjid dan jemaah sudah mula mendirikan solat fardhu, tak perlu lagi solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat yang lainnya. Jika didirikan, jadi makruh. Terus sahaja mengikut jemaah tersebut untuk solat fardhu. Ia sudah dikira memadai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.

          Asyik cerita tentang hukum mengerjakan solat ini, bagaimana pula dengan cara melaksanakannya? Mudah saja... seperti solat-solat sunat yang lain. Solat itu solat sunat 2 rakaat, hanya saja diniatkan sunat tahiyatul masjid. Setelah menbaca Al-Fatehah, bacalah apa-apa surah pun.

Niat solat:


Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "


Juga diingatkan, sejurus masuk ke dalam masjid, bacalah:

yang bermaksud "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah 
pintu-pintu rahmat dan restu-Mu


Maybe apa yang aku tulis tak lengkap. Boleh la rujuk kat sini.
http://fekah.blogspot.com/2008/01/solat-sunat-tahiyatul-masjid.html

Waallahualam......

No comments:

Post a Comment

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...