muka suwat...

Saturday, January 15, 2011

Aku nak kurus............!!! huhu

          waaaaaa~~ Berat aku makin naik...... makin aku nak kurus, makin naik lak... huhuhu :'( cedihnye..... Mak tolong... ayah tolong..... mak ayah aku pon tak gemok.... aku je yang gemok....


          Tahun lepas berat aku 58kg. Konon-konon nak diet lagi sampai berat aku jadi 50kg la... huhu... sekali makin naik sudah. Adess~~~ sekarang dah 65kg. Wahhh.....!!! gile. Tinggi aku 155cm je. Huhuhuhu..... tak balance. Naik 7kg menjelang 2011.

          Sob3x... Mase badan aku mule naik hari tu, orang office sebelah tegur. Dia kata, "anak dara ni, Makin sihat aku tengok...."

         Nak cover, aku juz jawab..... "wawawawawa...." sambil kembungkan pipi aku dan picit....
       
         wah....!!! abang tu tak sensetif langsung!. Sedih taw. Dia ingat aku sengaja nak gemukkan badan aku... hehe.. tapi tak dinafikan yang aku kuat makan akhir-akhir ni. Naik senang je. Nak kurus tu.... perghhh....! tahun bile aku nak kurus pon aku tak tahu.

          So, apa yang perlu aku buat sekarang ialah aku kena mengubah cara hidup supaya aku boleh mencapai matlamat untuk menguruskan badan. Matlamat aku : hilang 15kg dalam masa 8 bulan. Cakap memang senang. Buatnya tu yang susah. Tapi hidup mesti ada matlamat... yeah....

Jadi apa yang perlu aku buat..........?

1. Mulai hari ini, aku kena tulis semua mengenai perkembangan usaha yang aku buat untuk kuruskan badan aku kat blog aku nie supaya jika aku tergemuk..... aku akan malu..... dan aku akan cuba sedaya upaya supaya aku tak mengalami malu yang serius.

2. Aku kena ambil air kosong lebih dari 8 gelas sehari supaya toksik-toksik degil dalam badan aku ni, akan segara disingkirkan.

3. Aku tak boleh lagi 'skip meal' dan makan dengaan banyak dalam satu masa. Aku mesti makan 6 kali sehari dengan kuantiti yang sedikit setiap satu hidangan.

4. Aku mesti ambil makanan tambahan untuk mengurangkan kolestrol di dalam darah. Apa benda tu? Next entry baru cerita.

5. Aku mesti ambil protein dan makanan tenusu yang dapat bekalkan cukup zat untuk muscle aku. Semakin banyak muscle aku, semakin tinggi metabolism aku nanti.

6. Aku kene banyak makan makanan berempah supaya kalori dalam badan cepat dibakar.

7. Emmm..... apa lagi erk.....? Ha!!! Aku boleh login dalam mana-mana web site atau forum berkenaan diet macam Kelab Diet online tu. Nanti kalau dapat skill apa-apa untuk diet yang seimbang, aku jugak yang untung.

          Yeah..... harap usaha aku berjaya... Macam mana pun, aku merancang dan berusaha, namun Allah juga penentunya. Apa yang paling penting adalah aku perlu menjaga kesihatan dan jangan mudah putus asa. Kurangkan kolestrol, kurangkan garam, kurangkan makanan berminyak, kurangkan gula dan tidur secukupnya. Selain daripada tu, ada masa, rajin-rajinkan diri bersenam. Tapi, buat kerja-kerja rumah pun satu senaman kan....? Hujung-hujung minggu nak luangkan masa berkebun dan kemas rumahlah. Insyakallah, kalu disiplin dan jaga diet mesti boleh berjaya.

          Setakat ini saja dulu. Kalau ada jumpa apa-apa diet solution yang lain nanti aku buat dalam laporan perkembangan diet aku seterusnya. 


p/s: Noraaaaaa......... chayokkkkkk..........!!!!!! (sebut dengan lantang dan bersemangat)
      huhuhu...... malunya.....

No comments:

Post a Comment

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...