muka suwat...

Saturday, January 15, 2011

Aku kena sound dengan taukeh cafe.

          Sambungan cerita pasal pak cik yang sound aku secara tidak bersopan santun bulan oktober lepas. Aku memang selalu parking depan cafe tu sejak kedai tu belum bukak lagi. Jadi walaupun restaurant tu dah bukak, aku parking jugak depan kedai dia. So, tauke restaurant tu pon tak puas hati dengan aku, pasal kalau aku park depan kedai dia, mungkin aku penyebab perniagaannya tak berapa jalan.

         Sebenarnye aku tak marah langsung kalau dia tak bagi aku parking depan kedai dia. Yang menjadi isu sebenarnya sebab dia sound direct kat aku depan orang ramai dengan suara yang lantang. Memang sangat-sangat memalukan aku lah. Aku dah la pemalu orangnya. (Wahhhh...!!!) Kalau lah dia panggil aku, pas tu cakap baik-baik, pasti aku tak rasa sakit hati macam ni. Kita kan orang melayu. Berbudi bahasa. orang berbudi, kita berbahasa. Kerana malu dan sakit hati, aku buat posting kat facebook wall aku. Adalah beberapa feedback yang aku dapat.


          Sekarang cafe tu dah dekat 2 bulan tak bukak. Tak tahu kenapa. Aku takda parking depan kedai dia pon masa kedai tu bukak. So, bukan aku lah penyebab dia tak bukak cafe tu. Mungkin ada sebab lain. Memandangkan dia dah lama tak bukak kedai tu, aku pon start la parking balik depan cafe tu. Sampai bila.....? Sampai cafe tu bukak balik la.

p/s: Tuhan bayar cash...................!!!

No comments:

Post a Comment

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...