muka suwat...

Thursday, October 22, 2009

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk

solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk

dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi

untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.



Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim

Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah

caranya tuan solat?"

Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim

berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua

anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh

perkara :-



* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku

kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.



Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian

' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini

adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan

bertakbir dengan baik."



"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya

kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud

dengan penuh

pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku

bersolat selama 30 tahun."



Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan

ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

rasullullah di hari kebangkitan

Salam,




Hari-hari kisah politik yang menyayat hati, hari ini

saya baca kisah 'akan datang' yang lebih tragik dan

menyayat hati....



Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu....

Rasulullah Di Hari Kebangkitan





Posted by Bawang Goreng at 4:24 PM





Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar





ari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada

Abbas r.a., bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah

SAW telah bersabda, yang bermaksud: "Aku adalah orang

(manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur

(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku

ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan.

Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya

berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang

terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab

sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari

kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada

di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami

bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang

telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh

para rasul."





Ibnu Abbas r.a berkata: "Orang yang pertama

dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad

SAW. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor

Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama

bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa

bersamanya pakaian-pakaian syurga."





Jibril a.s. akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur

Muhammad SAW?"





Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah

menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran,

tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur

Muhammad SAW"





Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang

dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan

langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."





Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke

tubuh yang baik!"





Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula,

kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika

Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang

tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda

SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada

lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir

air matanya ke pipi.





Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad!

Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang

luas."





Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah

ini?"





Jibril a.s. menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu

takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan

penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."





Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah

aku!"





Jibril as. berkata: "Apakah yang kamu lihat di

hadapanmu?"





Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku.

"





Jibril a.s. berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera

kepujian yang terpacak di atasmu?"





Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku.

Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian

mereka?"





Jibril a.s. berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak

akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"





Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah

pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan

umatku."





Jibril a.s. berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah

Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan

Tuhanmu!"





Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad

SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata

kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan

makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?

Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar

mentaatinya? "





Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku

ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum

dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang

pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang

belum pernah terjadi sebelum ini."





Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu

berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat

kepadamu."





Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW

menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan

Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW

berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang

putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh

yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,

rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang

terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari

perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut

bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.





Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau

sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan

bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan

berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan

menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang

sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya,

terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging

kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan

kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.





Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau

sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu

akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan

yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah

golongan yang celaka dan derita."





Malaikat Israfil a.s. menjerit: "Wahai roh-roh yang

telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu.

Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan

semesta alam."





Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan

ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada

tubuh-tubuhnya! "





Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh

pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah

roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan

mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya

sedia, masing-masing melihat.





Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat

makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang

berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW

merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti

memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang

lautan.





Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah

kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan

oleh Allah Taala."





Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,

baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"





Jibril a.s. berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah

umat yang terakhir."





Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru:

"Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s.

menangis.





Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua

menangis."





Jibril a.s. berkata: "Bagaimana keadaan umatmu,

Muhammad?"





Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"





Jibril a.s. berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka

berjalan lambat dan perlahan."





Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW

menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana

keadaan umatku yang berbuat dosa?"





Jibril a.s. berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad

SAW!"





Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka

gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW

dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka

gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW.

Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad

SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta

memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:

"Wahai Muhammad!"





Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim

memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya.

Umat-umatnya menangis.





Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari

arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"





Jibril a.s. berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan

semesta alam."





Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat

mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat

Muhammad SAW?"





Jibril a.s. berkata: "Mereka adalah sebaik umat."





Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada

kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk

ditayangkan di hadapanKu."





Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu

berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk

ditayangkan kepada Allah Taala."





Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu

berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk

dihadapkan kepada Allah Taala."





Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan

takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin

mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya

menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman:

"Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu

tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan

kamu semua melakukan dosa!"





Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:

"Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa

yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan

memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan

mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai

Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah

kepadanya, bawakan Jahanam!"





Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu

berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah

memerintahkanmu agar membawa Jahanam."





Malik bertanya: "Apakah hari ini?"





Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari

yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan

apa yang telah mereka usahakan."





Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah

mengumpulkan makhluk?"





Jibril menjawab: "Ya!"





Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"





Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"





Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan

kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila

mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat

yang lemah?"





Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"





Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan

yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas

tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang

keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada

kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran

air mata mereka (semuanya menangis).





Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia

mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut.

Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak

mabuk.





Rasulullah SAW Membela Umatnya





Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah

Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap Arsy

yang naik lalu menyeru: "TuhanKu dan Penguasaku! Aku

adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada

hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku

pada hari ini."





Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu

melihat Kekasih mengazab kekasihnya."





Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap

Arsy yang naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku tidak

meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta

saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau

Jahanam!"





Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda

bergantung dengan Arsy lalu menyeru: "Tuhanku...

Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak

meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau

bilau Jahanam!"





Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad

SAW menyeru: "Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.. .. !Aku

tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta

untuk umatku dariMu!"





Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang

memberi syafaat kepada umatnya?"





Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan

Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari

seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara

apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka

adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan

penyeksaan."





Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri

Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.





Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka,

matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di

hadapan Allah Taala.





Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah

memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?"





Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu!

Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat

demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"





Allah Taala berfirman: "Aku percaya!"





Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya

sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan

kepala makhluk."





Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan

sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala

mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas.

Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.





Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap

umat-umat manusia semakin kuat.





Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya

telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda

SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW

rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.





Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka

berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan

Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan

umatnya.





Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari

berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah

Az-Zahara' r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang

menangis."





Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang

menyebabkan dirimu menangis?"





Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah

Taala."





"Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan

mengkhianati walau seorang daripada mereka." Lalu Nabi

SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata

hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang

terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari

kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan

telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang

mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."





Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita

tidak merasa malu terhadap lelaki?"





Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya,

hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib

dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:

Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu

utusan yang melalaikan dia." ( Abasa: 37)





Fatimah r.a. bertanya: "Di mana aku hendak

mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"





Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah

telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."





Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu

tiada di telaga?"





Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas

Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:

"Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para

malaikat akan menyambut: "Aamiin."





Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala

lalu berfirman: "Nescaya akan mengikuti kata-katanya

pada apa yang kamu sembah."





Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka

sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan

tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung

mematuk kacang.





Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka

manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian

daripada orang yang berdiri di situ berkata: "Kami

adalah umat Muhammad SAW!"





Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu

tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"





Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan

Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya."





Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?"





Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami

kenali selainNya."





Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk

diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan

jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela

mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi meminta

syafaat kepada Muhammad SAW!"





Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.

1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.

2. Kumpulan pemuda.

3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.





Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang

ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar

Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak

berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga

merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik.

Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar

Nabi SAW.





Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam!

Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik

wajah mereka. Mereka menyeru: "Di mana Muhammad?"





Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua

umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya

tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia

telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah

membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu

tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk

menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi

ke syurga atau neraka."





Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku!

Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku

mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap

Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh

as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat

sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as

melihat mereka, dia berdiri.





Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk

kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia

dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami

dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka."





Nabi Nuh a.s. berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan

kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku

dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu

berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah

kepadanya agar menolong kamu!"





Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sesungguhnya aku pernah

berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di

dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu

berjumpa Musa a.s.! Mintalah pertolongan darinya!"





Nabi Musa a.s. berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku.

Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku

membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati

dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku

ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya

lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku

takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa

Isa a.s.!"





Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s.

berkata: "Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat

orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku

sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku

malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."





Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang

duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia

berkata: "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah

sesat dari Nabi mereka."





Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW

Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini

umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu

untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."





Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu

bersabda: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai

sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak

pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon

kepada Allah Taala untukmu!"





Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.





Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada

Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad!

Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta

kepadaku."





Nabi Adam a.s. pergi menemui Allah Taala. Allah Taala

berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan

hantarkan anak-anakmu ke neraka!"





Nabi Adam a.s. bertanya: "Berapa ramai untukku

kirimkan?"





Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu

hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka."





Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku

tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan

pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu

keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga

bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang

menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai

Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa

yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya

walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki

syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku

telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan

satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala

agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak

akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap

yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang

yang melampaui batas."





Nabi Adam a.s. berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau

lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu

adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang

ghaib!"





Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat





Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu

untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang

dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan."





Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia

menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari

umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala,

maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka,

dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad!

Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari!

Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"





Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik:

"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,

palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat

melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila

melihatmu."





Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi

Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan

kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului

mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai

umatku di atas Sirat ini!"





Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang

memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang

kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang

baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.

Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga

dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.





Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali,

baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di

atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan

membangunkan dia kembali. Kumpulan ke lapan menarik

muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak

kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan

menyeru: "Wahai Muhammad SAW!"





Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka!

Tuhan! Selamatkan mereka!"





Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas

Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang

mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira

melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di

atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia

ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum

mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa

mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka

memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan

cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan

bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka

memasuki syurga bersama-sama.





Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan

bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.





Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku

sehingga aku melihat bapa dan ibuku."





Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka

telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam

keadaan yatim di sini dan di dunia."





Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu

kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima

oleh syurga akibat dosa mereka."





Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya

lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga

moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami

dengan mereka."





Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan

dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka

iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki

mereka akan tergantung di Sirat.





Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang

yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang

taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera

yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas

kepalanya.





Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga,

kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada

kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka menangis

kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW

bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku

akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."





Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang

berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam

rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala

agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan

menjadikan kita sebahagian daripada mereka.











Dipetik Dari Buku: 1001 Duka Siri 1 "Himpunan

Kisah-kisah Menyayat Hati"

Pengarang: Muhammad Isa Selamat.





Sumber: DarulNuman

Friday, October 16, 2009

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini

bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke

dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,

layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama

TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL

kepada ALLAH.




02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk

menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan

dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima

nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian

dari ALLAH juga.




03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan

rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka

dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada

ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada

ALLAH.



04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu

kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya

ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya

berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu

siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu

yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah

kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),

tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa

dari rahmat ALLAH.



07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air

mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg

telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan

hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu

besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi

pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.





08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya

mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi

akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau

mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.



09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg

bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang

cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi

utusan.



10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah

dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal

sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg

berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,

takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,

pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan

mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan

menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu

kepada kesenangan duniawi sahaja.



12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg

berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu

kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu

diberikan kpd anjing sahaja.




13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan

sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung

memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana

manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu

belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang

yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim

ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.



15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya

bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak

pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan

orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia

tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu

menambahkannya.



16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan

sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura

membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia

masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau

mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka

berhati-hatilah.




17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu

serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan

disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang

lain yg pernah memberikan barang yg berharga.





18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah

dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan

sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg

mengharapkan sesuatu darimu.




19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai

orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap

sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg

akan mendatangkan cela pd dirimu.



20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan

dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja

kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia

sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina

daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.



21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan

mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar,

kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.

Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan

manfaat bagi orang lain.




22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau

bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau

berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau

bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah

mensia-siakan hartamu.



23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi,

sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg

mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan

lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal..




24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim

lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana

sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,

hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara

kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air

hujan.



25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar

keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya

untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia

ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau

akan menjadi pengemis yang membuat beban orang

lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta

meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau

makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah

engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua

muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Wednesday, August 26, 2009

Kalau cancelled rancangan

lawak

lawak ke??????

Saturday, August 22, 2009

ruang cerpen

post la cerpen yang korang buat kat sini...leh kami baca..thanks

Friday, August 21, 2009

kisah nabi ibrahim as

Kisah nabi ini dipetik daripada buku "What ISLAM Is All About" hasil tulisan oleh Yahiya Emerick, diterbitkan pertama kali di USA pada tahun 1997.

Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pd waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan." Kerajaan Babylon pd masa itu termasuk kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup sandang mahupun pandangan serta saranan-saranan yang menjadi keperluan pertumbuhan jasmani mrk.Akan tetapi tingkatan hidup rohani mrk masih berada di tingkat jahiliyah. Mrk tidak mengenal Tuhan Pencipta mrk yang telah mengurniakan mrk dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan duniawi. Persembahan mrk adalah patung-patung yang mrk pahat sendiri dari batu-batu atau terbuat dari lumpur dan tanah. Raja mereka Namrud bin Kan'aan menjalankan tampuk pemerintahnya dengan tangan besi dan kekuasaan mutlak.Semua kehendaknya harus terlaksana dan segala perintahnya merupakan undang-undang yang tidak dpt dilanggar atau di tawar. Kekuasaan yang besar yang berada di tangannya itu dan kemewahan hidup yang berlebuh-lebihanyang ia nikmati lama-kelamaan menjadikan ia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Ia merasakan dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Ia berfikir jika rakyatnya mahu dan rela menyembah patung-patung yang terbina dari batu yang tidal dpt memberi manfaat dan mendtgkan kebahagiaan bagi mrk, mengapa bukan dialah yang disembah sebagai tuhan.Dia yang dpt berbicara, dapat mendengar, dpt berfikir, dpt memimpin mrk, membawa kemakmuran bagi mrk dan melepaskan dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia yang dpt mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina diangkatnya menjadi orang mulia. di samping itu semuanya, ia adalah raja yang berkuasa dan memiliki negara yang besar dan luas. Di tengah-tengah masyarakat yang sedemikian buruknya lahir dan dibesarkanlah Nabi Ibrahim dari seorang ayah yang bekerja sebagai pemahat dan pedagang patung. Ia sebagai calun Rasul dan pesuruh Allah yang akan membawa pelita kebenaran kepada kaumnya,jauh-jauh telah diilhami akal sihat dan fikiran tajam serta kesedaran bahwa apa yang telah diperbuat oleh kaumnya termasuk ayahnya sendiri adalah perbuat yang sesat yang menandakan kebodohan dan kecetekan fikiran dan bahwa persembahan kaumnya kepada patung-patung itu adalah perbuatan mungkar yang harus dibanteras dan diperangi agar mrk kembali kepada persembahan yang benar ialah persembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pencipta alam semesta ini. Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun karena iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan brg-brg itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calun pembeli dengan kata-kata: " Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? " Nabi Ibrahim Ingin Melihat Bagaimana Makhluk Yang Sudah Mati Dihidupkan Kembali Oleh Allah Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi syirik dan persembahan berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya ingin lebih dahulu mempertebalkan iman dan keyakinannya, menenteramkan hatinya serta membersihkannya dari keragu-raguan yang mungkin esekali mangganggu fikirannya dengan memohon kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati.Berserulah ia kepada Allah: " Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati." Allah menjawab seruannya dengan berfirman: Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku? " Nabi Ibrahim menjawab: " Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepala ku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dan hatiku dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu." Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkanlah ia menangkap empat ekor burung lalu setelah memperhatikan dan meneliti bahagian tubuh-tubuh burung itu, memotongnya menjadi berkeping-keping mencampur-baurkan kemudian tubuh burung yang sudak hancur-luluh dan bercampur-baur itu diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat bukit yang letaknya berjauhan satu dari yang lain. Setelah dikerjakan apa yang telah diisyaratkan oleh Allah itu, diperintahnyalah Nabi Ibrahim memanggil burung-burung yang sudah terkoyak-koyak tubuhnya dan terpisah jauh tiap-tiap bahagian tubuh burung dari bahagian yang lain. Dengan izin Allah dan kuasa-Nya datanglah berterbangan enpat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala begitu mendengar seruan dan panggilan Nabi Ibrahim kepadanya lalu hinggaplah empat burung yang hidup kembali itu di depannya, dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah YAng Maha Berkuasa dpt menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia menciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan kemungkinan ada keraguan di dalam iman dan keyakinannya, bahwa kekuasaan dan kehendak Allah tidak ada sesuatu pun di langit atau di bumi yang dpt menghalangi atau menentangnya dan hanya kata "Kun" yang difirmankan Oleh-Nya maka terjadilah akan apa yang dikenhendaki " Fayakun". Nabi Ibrahim Berdakwah Kepada Ayah Kandungnya Aazar, ayah Nabi Ibrahim tidak terkecuali sebagaimana kaumnya yang lain, bertuhan dan menyembah berhala bah ia adalah pedagang dari patung-patung yang dibuat dan dipahatnya sendiri dan drpnya orang membeli patung-patung yang dijadikan persembahan. Nabi Ibrahim merasa bahwa kewajiban pertama yang harus ia lakukan sebelum berdakwah kepada orang lain ialah menyedarkan ayah kandungnya dulu orang yang terdekat kepadanya bahwa kepercayaan dan persembahannya kepada berhala-berhala itu adalah perbuatan yang sesat dan bodoh.Beliau merasakan bahawa kebaktian kepada ayahnya mewajibkannya memberi penerangan kepadanya agar melepaskan kepercayaan yang sesat itu dan mengikutinya beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa. Dengan sikap yang sopan dan adab yang patut ditunjukkan oleh seorang anak terhadap orang tuanya dan dengan kata-kata yang halus ia dtg kepada ayahnya menyampaikan bahwa ia diutuskan oleh Allah sebagai nabi dan rasul dan bahawa ia telah diilhamkan dengan pengetahuan dan ilmu yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Ia bertanya kepada ayahnya dengan lemah lembut gerangan apakah yang mendorongnya untuk menyembah berhala seperti lain-lain kaumnya padahal ia mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak berguna sedikit pun tidak dpt mendtgkan keuntungan bagi penyembahnya atau mencegah kerugian atau musibah. Diterangkan pula kepada ayahnya bahwa penyembahan kepada berhala-berhala itu adalah semata-mata ajaran syaitan yang memang menjadi musuh kepada manusia sejak Adam diturunkan ke bumi lagi. Ia berseru kepada ayahnya agar merenungkan dan memikirkan nasihat dan ajakannya berpaling dari berhala-berhala dan kembali menyembah kepada Allah yang menciptakan manusia dan semua makhluk yang dihidupkan memberi mrk rezeki dan kenikmatan hidup serta menguasakan bumi dengan segala isinya kepada manusia. Aazar menjadi merah mukanya dan melotot matanya mendengar kata-kata seruan puteranya Nabi Ibrahim yyang ditanggapinya sebagai dosa dan hal yang kurang patut bahwa puteranya telah berani mengecam dan menghina kepercayaan ayahnya bahkan mengajakkannya untuk meninggalkan kepercayaan itu dan menganut kepercayaan dan agama yang ia bawa. Ia tidak menyembunyikan murka dan marahnya tetapi dinyatakannya dalam kata-kata yang kasar dan dalam maki hamun seakan-akan tidak ada hunbungan diantara mereka. IA berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada gusar: " Hai Ibrahim! Berpalingkah engkau dari kepercayaan dan persembahanku ? Dan kepercayaan apakah yang engkau berikan kepadaku yang menganjurkan agar aku mengikutinya? Janganlah engkau membangkitkan amarahku dan cuba mendurhakaiku.Jika engkau tidak menghentikan penyelewenganmu dari agama ayahmu tidak engkau hentikan usahamu mengecam dan memburuk-burukkan persembahanku, maka keluarlah engkau dari rumahku ini. Aku tidak sudi bercampur denganmu didalam suatu rumah di bawah suatu atap. Pergilah engkau dari mukaku sebelum aku menimpamu dengan batu dan mencelakakan engkau." Nabi Ibrahim menerima kemarahan ayahnya, pengusirannya dan kata-kata kasarnya dengan sikap tenang, normal selaku anak terhadap ayah seray berkaat: " Oh ayahku! Semoga engkau selamat, aku akan tetap memohonkan ampun bagimu dari Allah dan akan tinggalkan kamu dengan persembahan selain kepada Allah. Mudah-mudahan aku tidak menjadi orang yang celaka dan malang dengan doaku utkmu." Lalu keluarlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah ayahnya dalam keadaan sedih dan prihati karena tidak berhasil mengangkatkan ayahnya dari lembah syirik dan kufur. Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala-berhala Kegagalan Nabi Ibrahim dalam usahanya menyedarkan ayahnya yang tersesat itu sangat menusuk hatinya karena ia sebagai putera yang baik ingin sekali melihat ayahnya berada dalam jalan yang benar terangkat dari lembah kesesatan dan syirik namun ia sedar bahwa hidayah itu adalah di tangan Allah dan bagaimana pun ia ingin dengan sepenuh hatinya agar ayahnya mendpt hidayah ,bila belum dikehendaki oleh Allah maka sia-sialah keinginan dan usahanya. Penolakan ayahnya terhadap dakwahnya dengan cara yang kasar dan kejam itu tidak sedikit pun mempengaruhi ketetapan hatinya dan melemahkan semangatnya untuk berjalan terus memberi penerangan kepada kaumnya untuk menyapu bersih persembahan-persembahan yang bathil dan kepercayaan-kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid dan iman kepada Allah dan Rasul-Nya Nabi Ibrahim tidak henti-henti dalam setiap kesempatan mengajak kaumnya berdialog dan bermujadalah tentang kepercayaan yang mrk anut dan ajaran yang ia bawa. Dan ternyata bahwa bila mrk sudah tidak berdaya menilak dan menyanggah alasan-alasan dan dalil-dalil yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebathilan kepercayaan mrk maka dalil dan alasan yang usanglah yang mrk kemukakan iaitu bahwa mrk hanya meneruskan apa yang oleh bapa-bapa dan nenek moyang mrk dilakukan dan sesekali mrk tidak akan melepaskan kepercayaan dan agama yang telah mrk warisi. Nabi Ibrahim pd akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi berdebat dan bermujadalah dengan kaumnya yang berkepala batu dan yang tidak mahu menerima keterangan dan bukti-bukti nyata yang dikemukakan oleh beliau dan selalu berpegang pada satu-satunya alasan bahwa mrk tidak akan menyimpang dari cara persembahan nenek moyang mrk, walaupun oleh Nabi Ibrahim dinyatakan berkali-kali bahwa mrk dan bapa-bapa mrk keliru dan tersesat mengikuti jejak syaitan dan iblis. Nabi Ibrahim kemudian merancang akan membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata yang dapat mrk lihat dengan mata kepala mrk sendiri bahwa berhala-berhala dan patung-patung mrk betul-betul tidak berguna bagi mrk dan bahkan tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Adalah sudah menjadi tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babylon bahwa setiap tahun mrk keluar kota beramai-ramai pd suatu hari raya yang mrk anggap sebagai keramat. Berhari-hari mrk tinggal di luar kota di suatu padang terbuka, berkhemah dengan membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup. Mrk bersuka ria dan bersenang-senang sambil meninggalkan kota-kota mrk kosong dan sunyi. Mrk berseru dan mengajak semua penduduk agar keluar meninggalkan rumah dan turut beramai -ramai menghormati hari-hari suci itu. Nabi Ibrahim yang juga turut diajak turut serta berlagak berpura-pura sakit dan diizinkanlah ia tinggal di rumah apalagi mrk merasa khuatir bahwa penyakit Nabi Ibrahim yang dibuat-buat itu akan menular dan menjalar di kalangan mrk bila ia turut serta. " Inilah dia kesempatan yang ku nantikan," kata hati Nabi Ibrahim tatkala melihat kota sudah kosong dari penduduknya, sunyi senyap tidak terdengar kecuali suara burung-burung yang berkicau, suara daun-daun pohon yang gemerisik ditiup angin kencang. Dengan membawa sebuah kapak ditangannya ia pergi menuju tempat beribadatan kaumnya yang sudah ditinggalkan tanpa penjaga, tanpa juru kunci dan hanya deretan patung-patung yang terlihat diserambi tempat peribadatan itu. Sambil menunjuk kepada semahan bunga-bunga dan makanan yang berada di setiap kaki patung berkata Nabi Ibrahim, mengejek: " Mengapa kamu tidak makan makanan yang lazat yang disaljikan bagi kamu ini? Jawablah aku dan berkata-katalah kamu." Kemudian disepak, ditamparlah patung-patung itu dan dihancurkannya berpotong-potong dengan kapak yang berada di tangannya. Patung yang besar ditinggalkannya utuh, tidak diganggu yang pada lehernya dikalungkanlah kapak Nabi Ibrahim itu. Terperanjat dan terkejutlah para penduduk, tatkala pulang dari berpesta ria di luar kota dan melihat keadaan patung-patung, tuhan-tuhan mrk hancur berantakan dan menjadi potongan-potongan terserak-serak di atas lantai. Bertanyalah satu kepada yang lain dengan nada hairan dan takjub: "Gerangan siapakah yang telah berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji ini terhadap tuhan-tuhan persembahan mrk ini?" Berkata salah seorang diantara mrk: " Ada kemungkinan bahwa orang yang selalu mengolok-olok dan mengejek persembahan kami yang bernama Ibrahim itulah yang melakukan perbuatan yang berani ini." Seorang yang lain menambah keterangan dengan berkata: " Bahkan dialah yang pasti berbuat, karena ia adalah satu-satunya orang yang tinggal di kota sewaktu kami semua berada di luar merayakan hari suci dan keramat itu." Selidik punya selidik, akhirnya terdpt kepastian yyang tidak diragukan lagi bahwa Ibrahimlah yang merusakkan dan memusnahkan patung-patung itu. Rakyat kota beramai-ramai membicarakan kejadian yang dianggap suatu kejadian atau penghinaan yang tidak dpt diampuni terhadap kepercayaan dan persembahan mrk. Suara marah, jengkel dan kutukan terdengar dari segala penjuru, yang menuntut agar si pelaku diminta bertanggungjawab dalam suatu pengadilan terbuka, di mana seluruh rakyat penduduk kota dapat turut serta menyaksikannya. Dan memang itulah yang diharapkan oleh Nabi Ibrahim agar pengadilannya dilakukan secara terbuka di mana semua warga masyarakat dapat turut menyaksikannya. Karena dengan cara demikian beliau dapat secara terselubung berdakwah menyerang kepercayaan mrk yang bathil dan sesat itu, seraya menerangkan kebenaran agama dan kepercayaan yang ia bawa, kalau diantara yang hadir ada yang masih boleh diharapkan terbuka hatinya bagi iman dari tauhid yang ia ajarkan dan dakwahkan. Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyung-duyung mengujungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu. Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap para hakim yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, menandakan sangat gusarnya para penyembah berhala terhadap beliau yang telah berani menghancurkan persembahan mrk. Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh para hakim: " Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merusakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab: " Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Para hakim penanya terdiam sejenak seraya melihat yang satu kepada yang lain dan berbisik-bisik, seakan-akan Ibrahim yang mengandungi ejekan itu. Kemudian berkata si hakim: " Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim,maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebathilan persembahan mrk,yang mrk pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada para hakim itu: " Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu." Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya iut, para hakim mencetuskan keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai ganjaran atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mrk, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu: " Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu , jika kamu benar-benar setia kepadanya." Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-hidup Keputusan mahkamah telah dijatuhakan.Nabi Ibrahim harus dihukum dengan membakar hidup-hidup dalam api yang besar sebesar dosa yang telah dilakukan. Persiapan bagi upacara pembakaran yang akan disaksikan oleh seluruh rakyat sedang diaturkan. Tanah lapang bagi tempat pembakaran disediakan dan diadakan pengumpulan kayu bakar dengan banyaknya dimana tiap penduduk secara gotong-royong harus mengambil bahagian membawa kayu bakar sebanyak yang ia dapat sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan persembahan mrk yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim. Berduyun-duyunlah para penduduk dari segala penjuru kota membawa kayu bakar sebagai sumbangan dan tanda bakti kepada tuhan mrk. Di antara terdapat para wanita yang hamil dan orang yang sakit yang membawa sumbangan kayu bakarnya dengan harapan memperolehi barakah dari tuhan-tuhan mereka dengan menyembuhkan penyakit mereka atau melindungi yang hamil di kala ia bersalin. Setelah terkumpul kayu bakar di lanpangan yang disediakan untuk upacara pembakaran dan tertumpuk serta tersusun laksan sebuah bukit, berduyun-duyunlah orang datang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman atas diri Nabi Ibrahim. Kayu lalu dibakar dan terbentuklah gunung berapi yang dahsyat yang sedang berterbangan di atasnya berjatuhan terbakar oleh panasnya wap yang ditimbulkan oleh api yang menggunung itu. Kemudian dalam keadaan terbelenggu, Nabi Ibrahim didtgkan dan dari atas sebuah gedung yang tinggi dilemparkanlah ia kedalam tumpukan kayu yang menyala-nyala itu dengan iringan firman Allah: " Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim." Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal karena iman dan keyakinannya bahwa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir musuh Allah. Dan memang demikianlah apa yang terjadi tatkala ia berada dalam perut bukit api yang dahsyat itu ia merasa dingin sesuai dengan seruan Allah Pelindungnya dan hanya tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api, hal mana merupakan suatu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada hamba pilihannya, Nabi Ibrahim, agar dapat melanjutkan penyampaian risalah yang ditugaskan kepadanya kepada hamba-hamba Allah yang tersesat itu. Para penonton upacara pembakaran hairan tercenggang tatkala melihat Nabi Ibrahim keluar dari bukit api yang sudah padam dan menjadi abu itu dalam keadaan selamat, utuh dengan pakaiannya yang tetap berda seperti biasa, tidak ada tanda-tanda sentuhan api sedikit jua pun. Mereka bersurai meninggalkan lapangan dalam keadaan hairan seraya bertanya-tanya pada diri sendiri dan di antara satu sama lain bagaimana hal yang ajaib itu berlaku, padahal menurut anggapan mereka dosa Nabi Ibrahim sudah nyata mendurhakai tuhan-tuhan yang mereka puja dan sembah.Ada sebahagian drp mrk yang dalam hati kecilnya mulai meragui kebenaran agama mrk namun tidak berani melahirkan rasa ragu-ragunya itu kepada orang lain, sedang para pemuka dan para pemimpin mrk merasa kecewa dan malu, karena hukuman yang mrk jatuhkan ke atas diri Nabi Ibrahim dan kesibukan rakyat mengumpulkan kayu bakar selama berminggu-minggu telah berakhir dengan kegagalan, sehingga mrk merasa malu kepada Nabi Ibrahim dan para pengikutnya. Mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim sebagai bukti nyata akan kebenaran dakwahnya, telah menimbulkan kegoncangan dalam kepercayaan sebahagian penduduk terhadap persembahan dan patung-patung mrk dan membuka mata hati banyak drp mrk untuk memikirkan kembali ajakan Nabi Ibrahim dan dakwahnya, bahkan tidak kurang drp mrk yang ingin menyatakan imannya kepada Nabi Ibrahim, namun khuatir akan mendapat kesukaran dalam penghidupannya akibat kemarahan dan balas dendam para pemuka dan para pembesarnya yang mungkin akan menjadi hilang akal bila merasakan bahwa pengaruhnya telah bealih ke pihak Nabi Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...