Rezeki ada di mana-mana
Alhamdulillah syukur. In Sha Allah..Rezeki ada di mana-mana.
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang
jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita
lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan
yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai
menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan
rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat
berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih
bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
kredit to Ustaz Mohd Kazim Elias
No comments:
Post a Comment
komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....