muka suwat...

Thursday, October 22, 2009

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk

solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk

dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi

untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.



Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim

Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah

caranya tuan solat?"

Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim

berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua

anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh

perkara :-



* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku

kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.



Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian

' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini

adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan

bertakbir dengan baik."



"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya

kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud

dengan penuh

pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku

bersolat selama 30 tahun."



Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan

ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

No comments:

Post a Comment

komen la pape... Yang komen gune anonymous tu pulak.. jgn lupe tinggalkan name k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...