oyeah.....!!! semalam aku dah cerite serbe sedikit pasal asam folat ni. Kolo lom bace lagi leh bace
kat sini. Harini kite sambung sikit lagi k...
Selain folic Asid atau asam folat, bende alah ni pon boleh dipanggil sebagai 5'-methyltetrahydrofolate,
5'-MTHF, Acide Folique, Acide Ptéroylglutamique, Acide
Ptéroylmonoglutamique, Acido Folico, B Complex Vitamin, Dihydrofolate, Folacin, Folacine,
Folate, Folinic Acid, L-methylfolate, Methylfolate,
Pteroylglutamic Acid, Pteroylmonoglutamic Acid, Pteroylpolyglutamate,
Tetrahydrofolate dan Vitamin B9. peargh... letih.... Banyak pulak name die. Kalau terjumpe name-name nie kat mane-mane label makanan jangan konpius sudah. Dimana boleh mendapatkan asam folat?
Asam folat boleh didapati pada buah-buahan berwarna jingga dan merah, daun-daunan hijau, kekacang dan bijirin. Contohnya
1. Sayur-sayuran
Sayuran yang mengandung asam folat antaranya adalah bayam, kangkung, brokoli, daun bawang dan kentang.
2. Buah-buahan
Buah yang mengandung asam folat iaitu pisang, oren, tomato, buah bit, dll.
3. Kekacang
Hampir semua jenis kekacang mengandung asam folat. Kacang soya,
kacang panjang, kacang pis, kacang tanah, dan kacang lainnya memiliki
kandungan asam folat yang cukup banyak.
4. Bijirin
Selain itu nutrisi asam folat juga banyak ditemukan pada makanan lain
seperti cereal dan roti. Makanan yang telah disebutkan memiliki
kandungan asam folat yang sangat diperlukan untuk menjaga kesehatan
tubuh.
Jangan lupa bahawa asam folat adalah vitamin yang sangat sensitif
terhadap cahaya, oksigen dan suhu tinggi. Untuk itu disarankan
mengkonsumsi
makanan yang mengandung asam folat secara
mentah seperti salad. Kalau nak masak pon, jangan memasak terlalu
lama untuk mencegah berkurangnya kandungan asam folat.
Kebaikan Asam Folat (Folic Asid) Ketika Hamil
Asam folat atau folic asid ni boleh juga didapati dalam bentuk pil atau supplement macam yang aku beli semalam tu lah. Ada banyak jenama. Satu biji pil mengandungi 400mcg asam folat. Tanpa kite sedar sebenarnye asam folat sangat diperlukan untuk pembentukan sel-sel baru. Sebelum hamil lagi, para wanita perlu menyiapkan gizi dan asam folat di dalam tubuh badan supaya bayi di dalam kandungan sihat. Pembentukan sel-sel saraf dan otak memerlukan kehadiran asam folat ni. Ade jugak orang cakap asam folat ni boleh mengebukan kulit bayi dan membantu pembetukan sel-sel darah bagi mengelakkan anemia. Macam mane penting pon asam folat ni kite tak boleh main makan je. Ade dos-dos yang dah ditetapkan. Boleh bace kat sini. Kalau terlebih sangat pon tak elok jugak. Contohnye bagi si vegetarian la. Serapan zat-zat dalam badan jadi tak seimbang. Ade yang bertanye, tak terlalu banyak ke kalau ambil 800mcg asam folat sehari semase mengandung?Memang tak la... kolo ikutkan, ibu mengandung muda memerlukan 1000mcg asam folat sehari taw. Asam folat ni sangat diperlukan semasa pembentukan embrio atau fetus. Sepatutnya Asam folat perlu diambil sejak hari pertama hamil. Tapi tak ramai yang tahu bila persenyawaan berlaku. Sebab tu la kene makan sebiji setiap hari bermula 3 bulan sebelum hamil. Bila sudah hamil teruskan dengan 800mcg atau 2 biji pil sehari selama tiga bulan berikutnya (12 minggu). Lepas dari tu, boleh berhenti makan tapi kalau nak teruskan pon boleh. Amek 1 biji sehari je lah. Pape pon jumpe doktor dulu untuk kepastian okey.....
Folic acid jenama appeton
Akibat Kekurangan Asam Folat (Folic Acid) Bagi Ibu Hamil
Kekurangan asam folat sangat berpengaruh pada perkembangan sistem saraf
utama otak dan tulang belakang janin. Asam folat memang berperanan
penting pada fasa awal pembentukan janin, iaitu pada fasa pembentukan
sistem saraf pusat.
Jika perkembangan sistem saraf utama terganggu, maka
akan mempengaruhi perkembangan janin seperti