muka suwat...

Friday, January 28, 2011

Cinta Sejati Chris Medina T_T

          American Idol, aku bukannye suke sangat tengok actually, juz tertengok.... baru je kejap tadi kat channel 5. Episod yang aku tengok ni, episod yang audition kat Milwaukee. Peserta yang bernama Chris Medina yang dah buat aku menangis terharu.

          Jenifer Lopez tanya Medina sama ada beliau dah berkahwin ke belum. Chris Medina
menceritakan kisah tunangannya, Juliana, yang bekerja di Starbucks ketika beliau melamarnya setelah bercinta selama enam tahun. Dua bulan sebelum mereka berkahwin, tunangnya mengalami kemalangan yang menyebabkan traumatic brain injury.

          "Everything changed," ...... "We're still not married." ...........

         "I was about to make vows just two months from the accident – through thick and thin, 'til death do us part, for better or worse," kata Chris Medina. "What kind of guy would I be if I walked out when she needed me the most?"

          Chris Medina masih menjaga tunang dan ibu tunangnya.

          Chris Medina nyanyi lagu "Breakeven" oleh The Script.... Seriously aku cakap..... memang sedap, memang layak la dia berjaya ke Hollywood. Sebelum hakim bagi keputusan, mereka mengundang Juliana ke studio untuk bertemu dengannya.

          Nak tahu apa hakim cakap.....  Steven Tyler bagi tau Juliana, "I just heard your fiancé sing. He sings to you all the time. I could tell. That's why he sings so good because he sings to you."

          Dieorang cakap lagi, "You got three yeses, u going to Hollywood".... then, semua orang gembira.... dan aku terharu.... dan.... dan... dan... menagis..... aku bukan nagis pasal Chris Medina dapat g Hollywood taw, aku nangis pasal cinta sejati Chris Medina kepada Juliana.

          Nak tau ceritanya lebih jelas? Baik tengok sendiri je audition tu....
Sepe tengok tak nages...memang hati kering.....

p/s: Bestnyeeee......... aku pon nak cinta sejati gak..... huhuhuhu T_T

Tuesday, January 25, 2011

My eX-scaNdal



Wow….. harini mood aku baik… Alhamdulillah. Suka aku. Tadi….. masa aku tengah syok main basikal lepas balik dari kerja, aku teringat balik kisah-kisah lama. Rasa macam nak cerita pulak kat blog ni. Hahaha… agak peribadi sebenarnya.. Tapi tak apa lah…. Sekali-sekala.

Aku teringat pasal artikel “my ex-girlfriends” yang aku baca kat blog Susu Sejat dot com haritu. Senang cerita… tiru idea susu sejat la. Beliau cerita pasal bekas kekasih beliau. So, aku pon nak jugak cerita pasal bekas kekasih …ehhhhh…. Kami takda lah berkasih-kasihan….. Hanya skandel. Ye….betul Kak Gee….. kau jangan nak buat gossip pulak…. Tapi kalau kita dah lama stay dengan someone tu… lama-lama perasaan sayang akan timbul juga. Aku standardkan sebagai skandal sebab ketika aku berkasih dengan di sana, aku juga berkasih dengan di sinun.

Biasalah, anak muda… tapi rasa sayang aku kat mereka masih ada walaupun kami tak seakrab dulu. Waktu aku decide untuk tidak lagi mahu berkasih dengan mereka, aku dah fikirkan masak-masak. Mungkin ini yang terbaik untuk kami. Sekali sekala terserempak pernah juga kami keluar bersama. Tapi hanya sekadar teman dan aku hanya terima ajakan mereka sebulan atau dua bulan sekali sahaja.

Mahu kenal dengan mereka…? Jom aku kenalkan… Aku kenalkan ikut urutan taw. Aku kenalkan dengan yang paling rapat dulu okey.

Clik untuk kenal my ex-scandal

Saturday, January 15, 2011

Movie time...

          Movie..... movie.... movie..... Wah....!!! buang duit betul. Tahun 2010 banyak gak aku pergi cinema tengok movie. Cerita melayu, cerita orang putih. Tiket mane pergi ntah... rasenya ada simpan. Ni je yang tinggal. Lain dah buang kot.
          Selalu selalu pergi tengok wayang lepas balik kerja. Paling aku suka, pergi time "cuti-cuti Malaysia". Senang. Haha.... emm..... Tapi cerita Ngangkung aku tengok masa pergi Melaka. Aku suka tengok wayang kat sana pasal tiket dia murah. Hari Sabtu tiket RM10.00. Dekat Johor ni, hari Sabtu RM15.00. Tapi screen dia kecik sikit la. Tak kira.... yang penting murah.

          Boleh kata semua cerita yang aku tengok tu hot movie. Best-best jugak. Cerita Toy Story dengan Despicable Me aku tengok 3D. Tiket jangan cerita la. Mahal kot.

          Lagi cerita lain....... em.... cerita Diana Daniell... yang musical tu... ape tajuk? Serious aku lupa. Lagi cerita  Predators. Aku tak minat sangat cerita tu. Tapi kawan aku yang nak sangat tengok. Ikutkan je la.

          Aku tengok banyak trailer cerita nak keluar bulan Mac ni. Cerita Rango ni pon nampak macam best jew.
  
          Eh..... Akadami Al-Quran dah start dah. Nak g tengok dulu. Babai......

p/s: Tak sabar nak tengok Rango

Hukum bina rumah ibadat agama lain.

          Aku baru lepas ym dengan kawan aku. Kawan aku tu seorang arkitek dan pereka dalaman. Sekarang dia tengah risau pasal dia kena handle projek buat gereja.

           Tak kan lah nak berhenti kerja. Nak cari kerja sekarang ni bukannya senang. Tapi kalau boleh tolak secara baik dan bos pon boleh faham situasi kita, mesti best kan....

          Tu lah dugaan bekerja dengan orang bukan islam. Bos pon bukan faham. Ye lah.... bukan salah dia pon. Dia bukan tahu yang agama kita tak benarkan kita buat rumah ibadat agama lain. Sekarang ni keputusan semua terletak pada dia. Aku harap dia dapat buat keputusan yang terbaik.



           Kalaulah kita dipecat majikan kerana kita tidak mahu melakukan kemungkaran, pasti hidup kita lebih berkat, kan. Sebab, rezeki Allah yang bagi. Rezeki ada di mana-mana. Tapi, kalau benda macam ni jadi pada diri kita sendiri, apa yang perlu kita buat.... nak berhenti kerja....? mesti kita fikir banyak kali, betul tak.....?
           
          Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, Kau turunkanlah. Jika rezekiku masih di dalam bumi, Kau keluarkanlah. Jika sukar, kau mudahkanlah. Jika jauh, kau dekatkanlah. Jika haram, Kau sucikanlah. Ya Allah, sesungguhnya aku mencari keredoan Mu. Permudahkanlah urusanku. Amin.

p/s: Takut balasan Allah.... Nauzubillahiminzalik

Aku kena sound dengan taukeh cafe.

          Sambungan cerita pasal pak cik yang sound aku secara tidak bersopan santun bulan oktober lepas. Aku memang selalu parking depan cafe tu sejak kedai tu belum bukak lagi. Jadi walaupun restaurant tu dah bukak, aku parking jugak depan kedai dia. So, tauke restaurant tu pon tak puas hati dengan aku, pasal kalau aku park depan kedai dia, mungkin aku penyebab perniagaannya tak berapa jalan.

         Sebenarnye aku tak marah langsung kalau dia tak bagi aku parking depan kedai dia. Yang menjadi isu sebenarnya sebab dia sound direct kat aku depan orang ramai dengan suara yang lantang. Memang sangat-sangat memalukan aku lah. Aku dah la pemalu orangnya. (Wahhhh...!!!) Kalau lah dia panggil aku, pas tu cakap baik-baik, pasti aku tak rasa sakit hati macam ni. Kita kan orang melayu. Berbudi bahasa. orang berbudi, kita berbahasa. Kerana malu dan sakit hati, aku buat posting kat facebook wall aku. Adalah beberapa feedback yang aku dapat.


          Sekarang cafe tu dah dekat 2 bulan tak bukak. Tak tahu kenapa. Aku takda parking depan kedai dia pon masa kedai tu bukak. So, bukan aku lah penyebab dia tak bukak cafe tu. Mungkin ada sebab lain. Memandangkan dia dah lama tak bukak kedai tu, aku pon start la parking balik depan cafe tu. Sampai bila.....? Sampai cafe tu bukak balik la.

p/s: Tuhan bayar cash...................!!!

huh..........!!!?

Aku nak kurus............!!! huhu

          waaaaaa~~ Berat aku makin naik...... makin aku nak kurus, makin naik lak... huhuhu :'( cedihnye..... Mak tolong... ayah tolong..... mak ayah aku pon tak gemok.... aku je yang gemok....


          Tahun lepas berat aku 58kg. Konon-konon nak diet lagi sampai berat aku jadi 50kg la... huhu... sekali makin naik sudah. Adess~~~ sekarang dah 65kg. Wahhh.....!!! gile. Tinggi aku 155cm je. Huhuhuhu..... tak balance. Naik 7kg menjelang 2011.

          Sob3x... Mase badan aku mule naik hari tu, orang office sebelah tegur. Dia kata, "anak dara ni, Makin sihat aku tengok...."

         Nak cover, aku juz jawab..... "wawawawawa...." sambil kembungkan pipi aku dan picit....
       
         wah....!!! abang tu tak sensetif langsung!. Sedih taw. Dia ingat aku sengaja nak gemukkan badan aku... hehe.. tapi tak dinafikan yang aku kuat makan akhir-akhir ni. Naik senang je. Nak kurus tu.... perghhh....! tahun bile aku nak kurus pon aku tak tahu.

          So, apa yang perlu aku buat sekarang ialah aku kena mengubah cara hidup supaya aku boleh mencapai matlamat untuk menguruskan badan. Matlamat aku : hilang 15kg dalam masa 8 bulan. Cakap memang senang. Buatnya tu yang susah. Tapi hidup mesti ada matlamat... yeah....

Jadi apa yang perlu aku buat..........?

1. Mulai hari ini, aku kena tulis semua mengenai perkembangan usaha yang aku buat untuk kuruskan badan aku kat blog aku nie supaya jika aku tergemuk..... aku akan malu..... dan aku akan cuba sedaya upaya supaya aku tak mengalami malu yang serius.

2. Aku kena ambil air kosong lebih dari 8 gelas sehari supaya toksik-toksik degil dalam badan aku ni, akan segara disingkirkan.

3. Aku tak boleh lagi 'skip meal' dan makan dengaan banyak dalam satu masa. Aku mesti makan 6 kali sehari dengan kuantiti yang sedikit setiap satu hidangan.

4. Aku mesti ambil makanan tambahan untuk mengurangkan kolestrol di dalam darah. Apa benda tu? Next entry baru cerita.

5. Aku mesti ambil protein dan makanan tenusu yang dapat bekalkan cukup zat untuk muscle aku. Semakin banyak muscle aku, semakin tinggi metabolism aku nanti.

6. Aku kene banyak makan makanan berempah supaya kalori dalam badan cepat dibakar.

7. Emmm..... apa lagi erk.....? Ha!!! Aku boleh login dalam mana-mana web site atau forum berkenaan diet macam Kelab Diet online tu. Nanti kalau dapat skill apa-apa untuk diet yang seimbang, aku jugak yang untung.

          Yeah..... harap usaha aku berjaya... Macam mana pun, aku merancang dan berusaha, namun Allah juga penentunya. Apa yang paling penting adalah aku perlu menjaga kesihatan dan jangan mudah putus asa. Kurangkan kolestrol, kurangkan garam, kurangkan makanan berminyak, kurangkan gula dan tidur secukupnya. Selain daripada tu, ada masa, rajin-rajinkan diri bersenam. Tapi, buat kerja-kerja rumah pun satu senaman kan....? Hujung-hujung minggu nak luangkan masa berkebun dan kemas rumahlah. Insyakallah, kalu disiplin dan jaga diet mesti boleh berjaya.

          Setakat ini saja dulu. Kalau ada jumpa apa-apa diet solution yang lain nanti aku buat dalam laporan perkembangan diet aku seterusnya. 


p/s: Noraaaaaa......... chayokkkkkk..........!!!!!! (sebut dengan lantang dan bersemangat)
      huhuhu...... malunya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...