muka suwat...

Friday, January 28, 2011

Cinta Sejati Chris Medina T_T

          American Idol, aku bukannye suke sangat tengok actually, juz tertengok.... baru je kejap tadi kat channel 5. Episod yang aku tengok ni, episod yang audition kat Milwaukee. Peserta yang bernama Chris Medina yang dah buat aku menangis terharu.

          Jenifer Lopez tanya Medina sama ada beliau dah berkahwin ke belum. Chris Medina
menceritakan kisah tunangannya, Juliana, yang bekerja di Starbucks ketika beliau melamarnya setelah bercinta selama enam tahun. Dua bulan sebelum mereka berkahwin, tunangnya mengalami kemalangan yang menyebabkan traumatic brain injury.

          "Everything changed," ...... "We're still not married." ...........

         "I was about to make vows just two months from the accident – through thick and thin, 'til death do us part, for better or worse," kata Chris Medina. "What kind of guy would I be if I walked out when she needed me the most?"

          Chris Medina masih menjaga tunang dan ibu tunangnya.

          Chris Medina nyanyi lagu "Breakeven" oleh The Script.... Seriously aku cakap..... memang sedap, memang layak la dia berjaya ke Hollywood. Sebelum hakim bagi keputusan, mereka mengundang Juliana ke studio untuk bertemu dengannya.

          Nak tahu apa hakim cakap.....  Steven Tyler bagi tau Juliana, "I just heard your fiancĂ© sing. He sings to you all the time. I could tell. That's why he sings so good because he sings to you."

          Dieorang cakap lagi, "You got three yeses, u going to Hollywood".... then, semua orang gembira.... dan aku terharu.... dan.... dan... dan... menagis..... aku bukan nagis pasal Chris Medina dapat g Hollywood taw, aku nangis pasal cinta sejati Chris Medina kepada Juliana.

          Nak tau ceritanya lebih jelas? Baik tengok sendiri je audition tu....
Sepe tengok tak nages...memang hati kering.....

p/s: Bestnyeeee......... aku pon nak cinta sejati gak..... huhuhuhu T_T

Tuesday, January 25, 2011

My eX-scaNdal



Wow….. harini mood aku baik… Alhamdulillah. Suka aku. Tadi….. masa aku tengah syok main basikal lepas balik dari kerja, aku teringat balik kisah-kisah lama. Rasa macam nak cerita pulak kat blog ni. Hahaha… agak peribadi sebenarnya.. Tapi tak apa lah…. Sekali-sekala.

Aku teringat pasal artikel “my ex-girlfriends” yang aku baca kat blog Susu Sejat dot com haritu. Senang cerita… tiru idea susu sejat la. Beliau cerita pasal bekas kekasih beliau. So, aku pon nak jugak cerita pasal bekas kekasih …ehhhhh…. Kami takda lah berkasih-kasihan….. Hanya skandel. Ye….betul Kak Gee….. kau jangan nak buat gossip pulak…. Tapi kalau kita dah lama stay dengan someone tu… lama-lama perasaan sayang akan timbul juga. Aku standardkan sebagai skandal sebab ketika aku berkasih dengan di sana, aku juga berkasih dengan di sinun.

Biasalah, anak muda… tapi rasa sayang aku kat mereka masih ada walaupun kami tak seakrab dulu. Waktu aku decide untuk tidak lagi mahu berkasih dengan mereka, aku dah fikirkan masak-masak. Mungkin ini yang terbaik untuk kami. Sekali sekala terserempak pernah juga kami keluar bersama. Tapi hanya sekadar teman dan aku hanya terima ajakan mereka sebulan atau dua bulan sekali sahaja.

Mahu kenal dengan mereka…? Jom aku kenalkan… Aku kenalkan ikut urutan taw. Aku kenalkan dengan yang paling rapat dulu okey.

Clik untuk kenal my ex-scandal

Saturday, January 15, 2011

Movie time...

          Movie..... movie.... movie..... Wah....!!! buang duit betul. Tahun 2010 banyak gak aku pergi cinema tengok movie. Cerita melayu, cerita orang putih. Tiket mane pergi ntah... rasenya ada simpan. Ni je yang tinggal. Lain dah buang kot.
          Selalu selalu pergi tengok wayang lepas balik kerja. Paling aku suka, pergi time "cuti-cuti Malaysia". Senang. Haha.... emm..... Tapi cerita Ngangkung aku tengok masa pergi Melaka. Aku suka tengok wayang kat sana pasal tiket dia murah. Hari Sabtu tiket RM10.00. Dekat Johor ni, hari Sabtu RM15.00. Tapi screen dia kecik sikit la. Tak kira.... yang penting murah.

          Boleh kata semua cerita yang aku tengok tu hot movie. Best-best jugak. Cerita Toy Story dengan Despicable Me aku tengok 3D. Tiket jangan cerita la. Mahal kot.

          Lagi cerita lain....... em.... cerita Diana Daniell... yang musical tu... ape tajuk? Serious aku lupa. Lagi cerita  Predators. Aku tak minat sangat cerita tu. Tapi kawan aku yang nak sangat tengok. Ikutkan je la.

          Aku tengok banyak trailer cerita nak keluar bulan Mac ni. Cerita Rango ni pon nampak macam best jew.
  
          Eh..... Akadami Al-Quran dah start dah. Nak g tengok dulu. Babai......

p/s: Tak sabar nak tengok Rango

Hukum bina rumah ibadat agama lain.

          Aku baru lepas ym dengan kawan aku. Kawan aku tu seorang arkitek dan pereka dalaman. Sekarang dia tengah risau pasal dia kena handle projek buat gereja.

           Tak kan lah nak berhenti kerja. Nak cari kerja sekarang ni bukannya senang. Tapi kalau boleh tolak secara baik dan bos pon boleh faham situasi kita, mesti best kan....

          Tu lah dugaan bekerja dengan orang bukan islam. Bos pon bukan faham. Ye lah.... bukan salah dia pon. Dia bukan tahu yang agama kita tak benarkan kita buat rumah ibadat agama lain. Sekarang ni keputusan semua terletak pada dia. Aku harap dia dapat buat keputusan yang terbaik.



           Kalaulah kita dipecat majikan kerana kita tidak mahu melakukan kemungkaran, pasti hidup kita lebih berkat, kan. Sebab, rezeki Allah yang bagi. Rezeki ada di mana-mana. Tapi, kalau benda macam ni jadi pada diri kita sendiri, apa yang perlu kita buat.... nak berhenti kerja....? mesti kita fikir banyak kali, betul tak.....?
           
          Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, Kau turunkanlah. Jika rezekiku masih di dalam bumi, Kau keluarkanlah. Jika sukar, kau mudahkanlah. Jika jauh, kau dekatkanlah. Jika haram, Kau sucikanlah. Ya Allah, sesungguhnya aku mencari keredoan Mu. Permudahkanlah urusanku. Amin.

p/s: Takut balasan Allah.... Nauzubillahiminzalik

Aku kena sound dengan taukeh cafe.

          Sambungan cerita pasal pak cik yang sound aku secara tidak bersopan santun bulan oktober lepas. Aku memang selalu parking depan cafe tu sejak kedai tu belum bukak lagi. Jadi walaupun restaurant tu dah bukak, aku parking jugak depan kedai dia. So, tauke restaurant tu pon tak puas hati dengan aku, pasal kalau aku park depan kedai dia, mungkin aku penyebab perniagaannya tak berapa jalan.

         Sebenarnye aku tak marah langsung kalau dia tak bagi aku parking depan kedai dia. Yang menjadi isu sebenarnya sebab dia sound direct kat aku depan orang ramai dengan suara yang lantang. Memang sangat-sangat memalukan aku lah. Aku dah la pemalu orangnya. (Wahhhh...!!!) Kalau lah dia panggil aku, pas tu cakap baik-baik, pasti aku tak rasa sakit hati macam ni. Kita kan orang melayu. Berbudi bahasa. orang berbudi, kita berbahasa. Kerana malu dan sakit hati, aku buat posting kat facebook wall aku. Adalah beberapa feedback yang aku dapat.


          Sekarang cafe tu dah dekat 2 bulan tak bukak. Tak tahu kenapa. Aku takda parking depan kedai dia pon masa kedai tu bukak. So, bukan aku lah penyebab dia tak bukak cafe tu. Mungkin ada sebab lain. Memandangkan dia dah lama tak bukak kedai tu, aku pon start la parking balik depan cafe tu. Sampai bila.....? Sampai cafe tu bukak balik la.

p/s: Tuhan bayar cash...................!!!

huh..........!!!?

Aku nak kurus............!!! huhu

          waaaaaa~~ Berat aku makin naik...... makin aku nak kurus, makin naik lak... huhuhu :'( cedihnye..... Mak tolong... ayah tolong..... mak ayah aku pon tak gemok.... aku je yang gemok....


          Tahun lepas berat aku 58kg. Konon-konon nak diet lagi sampai berat aku jadi 50kg la... huhu... sekali makin naik sudah. Adess~~~ sekarang dah 65kg. Wahhh.....!!! gile. Tinggi aku 155cm je. Huhuhuhu..... tak balance. Naik 7kg menjelang 2011.

          Sob3x... Mase badan aku mule naik hari tu, orang office sebelah tegur. Dia kata, "anak dara ni, Makin sihat aku tengok...."

         Nak cover, aku juz jawab..... "wawawawawa...." sambil kembungkan pipi aku dan picit....
       
         wah....!!! abang tu tak sensetif langsung!. Sedih taw. Dia ingat aku sengaja nak gemukkan badan aku... hehe.. tapi tak dinafikan yang aku kuat makan akhir-akhir ni. Naik senang je. Nak kurus tu.... perghhh....! tahun bile aku nak kurus pon aku tak tahu.

          So, apa yang perlu aku buat sekarang ialah aku kena mengubah cara hidup supaya aku boleh mencapai matlamat untuk menguruskan badan. Matlamat aku : hilang 15kg dalam masa 8 bulan. Cakap memang senang. Buatnya tu yang susah. Tapi hidup mesti ada matlamat... yeah....

Jadi apa yang perlu aku buat..........?

1. Mulai hari ini, aku kena tulis semua mengenai perkembangan usaha yang aku buat untuk kuruskan badan aku kat blog aku nie supaya jika aku tergemuk..... aku akan malu..... dan aku akan cuba sedaya upaya supaya aku tak mengalami malu yang serius.

2. Aku kena ambil air kosong lebih dari 8 gelas sehari supaya toksik-toksik degil dalam badan aku ni, akan segara disingkirkan.

3. Aku tak boleh lagi 'skip meal' dan makan dengaan banyak dalam satu masa. Aku mesti makan 6 kali sehari dengan kuantiti yang sedikit setiap satu hidangan.

4. Aku mesti ambil makanan tambahan untuk mengurangkan kolestrol di dalam darah. Apa benda tu? Next entry baru cerita.

5. Aku mesti ambil protein dan makanan tenusu yang dapat bekalkan cukup zat untuk muscle aku. Semakin banyak muscle aku, semakin tinggi metabolism aku nanti.

6. Aku kene banyak makan makanan berempah supaya kalori dalam badan cepat dibakar.

7. Emmm..... apa lagi erk.....? Ha!!! Aku boleh login dalam mana-mana web site atau forum berkenaan diet macam Kelab Diet online tu. Nanti kalau dapat skill apa-apa untuk diet yang seimbang, aku jugak yang untung.

          Yeah..... harap usaha aku berjaya... Macam mana pun, aku merancang dan berusaha, namun Allah juga penentunya. Apa yang paling penting adalah aku perlu menjaga kesihatan dan jangan mudah putus asa. Kurangkan kolestrol, kurangkan garam, kurangkan makanan berminyak, kurangkan gula dan tidur secukupnya. Selain daripada tu, ada masa, rajin-rajinkan diri bersenam. Tapi, buat kerja-kerja rumah pun satu senaman kan....? Hujung-hujung minggu nak luangkan masa berkebun dan kemas rumahlah. Insyakallah, kalu disiplin dan jaga diet mesti boleh berjaya.

          Setakat ini saja dulu. Kalau ada jumpa apa-apa diet solution yang lain nanti aku buat dalam laporan perkembangan diet aku seterusnya. 


p/s: Noraaaaaa......... chayokkkkkk..........!!!!!! (sebut dengan lantang dan bersemangat)
      huhuhu...... malunya.....

Wednesday, January 12, 2011

Waaaaa~ aku takut tinggi T_T


          Selama ni aku tak sedar apa benda yang paling aku takut. Sebab banyak sangat benda yang aku takut. Aku takut ular, ulat bulu bahkan semut. Tapi cam katak, sesumpah, tikus, cicak, tak takot..... kot~~~ heee~~

          Tapi kan, aku rasa antara benda yang paling aku takut adalah ketinggian. Yep.... ketinggian... baru aku ingat, selama ni tak sedar. 

          Masa aku darjah 3, aku cari sepupu aku kat kelas dia. Tingkat 4. Sampai je tingkat 4, aku tak boleh diri tegak. Lutut dengan kaki aku menggigil-gigil. Tapi aku gagahkan jugak naik. Aku dah cuba, tapi tak boleh. Aku lekap kat tepi dinding dan jalan macam ketam. Tak sanggup tengok bawah, aku merangkak pulak. Lepas tu turun je, dah tak sanggup dah nak duduk atas tu lama-lama. Tapi darjah 6 dapat kelas atas sekali jugak. Lepas tu  ok dah dah tak takut. Tapi setakat 4 tingkat je la. Tu pon, kalau aku pandang bawah lama-lama, aku jadi pening.   
     
          Sebelum ni pernah jugak aku terpaksa naik tangga untuk panjat ke platform yang lebih tinggi. Gigil-gigil kaki. Nak dekat sampai atas aku pandang bawah, erghhhhh... gayatnya.... Sampai je kat atas, aku tinjau kerja yang perlu aku buat. Siap semua, aku dah tak boleh nak turun. Takutnya. Semua orang yang ada masa tu, sibuk gelakkan aku. Terpaksa jugak aku turun. Dah tak ada cara lain. Tapi gigil-gigil la.

 

          Kalaulah aku kena naik menara setinggi ini. Bagi $4 juta baru aku buat. Tapi tak di nafikan yang ramai jugak orang yang tak takut tinggi. Macam mana dieorang ni semua buat yek.....  hurmmmm



         Binatang pon tak takut tinggi. Burung lagi la. Kucing, cicak..... mmmm..... rama-rama takut kot, sebab aku tak pernah tengok rama-rama terbang tinggi.


           So, bukan aku sorangkan yang takut tinggikan. Ade kawan. Tak pe lah......... Tapi sebenarnye bukan setakat tinggi je orang takut.. ramai orang tak sedar... Lebar pon orang takut jugak kan... Tol tak...



p/s: huhuhu.... aku semakin lebar... takutnye..... :(

Tuesday, January 11, 2011

Peningkatan Produktiviti


Bagi meningkatkan pengeluaran dan produk, pihak majikan telah melakukan beberapa perubahan drastik.
clik bagi besar

Pesawat AirAsia terbabas 11 Jan di Kuching



          Kira-kira jam 10.20 (11 Jan) pesawat AirAsia AK5218 terbabas semasa hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Dipercayai ketika itu hujan sangat lebat dan pesawat terbabas ke tepi landasan. Pesawat terbabit kabarnya dari Kuala Lumpur.

          Emmm......tak pasti lagi berapa ramai yang ada dalam pesawat. Tapi kabarnye 4 orang penumpang  digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan. Papehal esok kita baca paper k. Harap takda sesiapa mengalami kecederaan serius.


       

Pesanan untuk para penaja

Sunday, January 9, 2011

Betapa beratnya solat tahiyatul masjid

          Ramai yang tak tahu sebenarnya yang solat tahiyatul masjid ni agak berat. Bukan solat tu berat, cuma ia terdiri daripada Sunnah Muakad. Sunnah Muakad ialah sunat yang diberatkan. Maksudnya, bile kita masuk ke dalam masjid, kita perlu mengerjakan solat tahiyatul masjid sebelum meneruskan urusan. Namun ada masa kita dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat tersebut atas sebab-sebab tertentu.

          
          Baru-baru ini (dah lama sebenarnya), aku ada dengar ceramah tentang Solat Tahiyatul Masjid ni la. Menurut ustaz tersebut, jika kita tidak melakukan solat ini ketika kita beriktikad di dalam masjid, kita mungkin akan mendapat kesukaran ketika hendak meniti titian silatur mustaqim. Nauzubillahiminzalik. Waallahulam. Allah lebih tahu. Walaupun kita hanya singgah sebentar di masjid untuk bayar zakat, atau belajar agama, bersedekah atau tumpang buang air sekalipun, kita perlu menghormati rumah Allah ini dengan bersolat sunat tahiyatul masjid.

          Aku memang serun bila dengar ustaz penceramah tu cakap macam tu. Ye la....pernah tinggalkan kot. Sebaiknya apabila kita masuk ke masjid, janganlah kita terus duduk. Kerjakan lah dulu solat ini. Jika mahu tumpang tandas, selepas buang air tu sebaiknya berwuduklah dan dirikan solat sebelum meninggalkan masjid jika kamu sudah mengerjakan solat fardhu sebelum ini di mana-mana.

         Jika kita terlambat masuk ke masjid dan jemaah sudah mula mendirikan solat fardhu, tak perlu lagi solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat yang lainnya. Jika didirikan, jadi makruh. Terus sahaja mengikut jemaah tersebut untuk solat fardhu. Ia sudah dikira memadai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.

          Asyik cerita tentang hukum mengerjakan solat ini, bagaimana pula dengan cara melaksanakannya? Mudah saja... seperti solat-solat sunat yang lain. Solat itu solat sunat 2 rakaat, hanya saja diniatkan sunat tahiyatul masjid. Setelah menbaca Al-Fatehah, bacalah apa-apa surah pun.

Niat solat:


Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "


Juga diingatkan, sejurus masuk ke dalam masjid, bacalah:

yang bermaksud "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah 
pintu-pintu rahmat dan restu-Mu


Maybe apa yang aku tulis tak lengkap. Boleh la rujuk kat sini.
http://fekah.blogspot.com/2008/01/solat-sunat-tahiyatul-masjid.html

Waallahualam......

Saturday, January 8, 2011

Persembahan dulu dan sekarang... Tapi first punye lagi best kot... tapi spoil la... ada suara ketawa....




Dengar baik-baik.... tengok baik-baik.... kena ambil berat pasal ni.... Kesan awal dapat menyelamatkan nyawa.... khas untuk lelaki dan wanita... kalau suami isteri, sama-sama lah menjaga ya.


teka triki

ini mamat lho..... sangat-sangat lawak.... janganlah ikut cara dia ye....

'Ketam Sedap Jugak'

November 2009….Hari tu hari Jumaat…..Pagi tu aq call bos aq..tapi x pickup….2 3 kali gak….last last aq bagi SMS kat die…

‘En. ______, hari nie saye masuk lambat sikit…nak g CIDB nak renew green card jap…pas 2 saye terus g site’

Dah lame pas tu…aq nye green card pon dah nak siap dah…baru die jawab…

‘ok’

So…aq jalani hidup aq cam biase je la pas tu…..
cam biase aq pat assignment dari bos aq...kene buat translation...buat time cuti sabtu ahad…submit isnin…...lemau jugak aq dengar…terime je la…..
dan akhirnye aq balik kerje….parent aq x d kat umah….dieorang dah gerak g berniage kat pasar malam…so petang tu aq amek adik2 dari sekolah…..malam tu tengah aq tengok TV…tibe2 phone aq bunyik…

Assalamualaikum’

‘Waalaikumsalam, kenape mak’

‘Aku balik ni nak singgah pasar borong…sok kan semue ade kat rumah…aku ingat nak masak sedap sikit….nak masak pe erk????’

‘em..entah yerk…tak tau la…mak beli je ape2……’


Sebenarnye aq x consent ret p mak aq cakap…aq tengah syok tengok movie….so..aq cam x pat nak piker…..

Mase commercial break tu, around kol 11pm aq terpikir cam nak makan ketam lak..... aq terus hantar sms

‘ketam sedap jugak’…aq tekan ‘send’ ‘option’ ‘recently used’‘…. cerite pon start…pas tu aq terus tekan ‘ok'.

Dlm kol 1am mak aq balik umah…. Aq masih layan movie kat TV3.. aq sambut kepulangan mak aq…..sebenarnye aq nak tengok, ketam ade ke tak….aq simpan barang sambil usha-usha ketam…em….x d lak…..emmm…x pe la…lain kali je la….x d lak aq terpikir nak tanye mak aq nape x beli...biar je la...aq pon x la kempunan sangat pon


Pas movie habis….aq terus masuk tido….

Dlm kol 3.30am kot, aq x pasti….aq terkejut….sbb phone aq bunyik masuk msg…..

‘translation must be accurate and senang difahami.. tolong yek siapkan…urgent’

Lebih kurang la……aq lupe die hantar ape…

Aq pon reply

‘insyakallah, I’ll try my best.. wah!! risau sangat nih sampai x tido malam’


Then bos aq lak reply

‘tu lah…..k,gud nite’


Se nak tido balik tu susah beno…..so aq terfikir la…..nape lak bos aq buang tebiat msg mlm2 nie…. Aq pon check ‘send item’….. lalu….aq pon jumpe

‘ketam sedap jugak
Recipient:
En. ______
+601xxxxxxxx’‘


Waaaaaaaaa………alamak…..cam ne nie… patut le bos aq msg aq... mesti die tak yakin dengan aq kan.....ntah boleh buat keje ke tak....orang suruh buat kerja.... cerite pasal ketam lak....waaaaaaaa..malunye…....patot r mak aq x beli ketam…
(tu la....mase hantar msg tak tengok betul-betul)
Isnin tu aq se cam x nak g opis…. Tapi x leh…aq kene submit bende y die mintak tu..aq wat2 x ingat je…..die pon selambe je…sampai sekarang x d sape mengungkit..so semuanye ok..tapi perasaan bengang tu ade sampai hari nie…mmg peristiwe y x leh nak dilupekan…..peristiwe y amat memalukan…setiap kali aq nampak ketam….aq malu dengan ketam tu…. Tapi sekarang aq dah x kerje dgn die….so makin lama kisah tu makin dilupakan....

the end....

Tolonglah bagi tahu awal-awal

          Kadang-kadang sakit hati jugak bila orang dah buat janji dengan kita, tiba-tiba tak jadi. Tapi aku masih boleh tolak ansur lagi la kalau orang tu inform awal-awal. Takde lah bile aku dah siap segala bagai, baru lah nak cakap tak jadi. Lainlah ada sebab-sebab tertentu mengapa cancel semua pada saat-saat terakhir macam ada kematian ke, apa ke.....

          Tapi kalau dah buat janji dengan aku, lepas tu memang dah tak boleh buat tu, tolonglah bagi tau awal-awal. Kadang-kadang tu, memang dari semalam dah nak cancel, tapi dah nak gerak barulah terkedek-kedek nak bagi tau tak jadi. Cubalah bagi tahu dari semalam... kan senang... Aku pon paham, kau pon cakap tak boleh janji.... Tapi kau janji nak roger aku kan. Kau cakap nak bagi tahu aku sama ada kau jadi atau tidak. Memang betullah kau bagi tahu. Tapi dah setengah hari baru nak bagi tahu. Kenapa tak bagi tahu esok malam je.
       
          Minta maaf aku kata kau janji, sebab kau tak janji pon. Kau kata Insyak'Allah. Aku tahu kau tak boleh nak buat plan kita tu, pasal kau ikut orang, dan semua keputusan sama ada jadi atau tidak ikut orang tu jugak. Tapi, apa yang aku mintak simple je. Tolonglah bagi tahu. Dah banyak kali kau kecewakan aku kau tahu tak. Even kau cakap insyak'Allah. Tapi aku dah semat dalam hati yang kau nak buat. Juz tak tahu lagi kau jadi atau tidak. Kau pon kene fikir aku yang dekat sini. Selagi kau tak bagi kata putus, aku akan sentiasa menunggu. Kalau kau cakap dari malam semalam, mesti aku dah lega. Tak payah aku siapkan apa-apa. Aku boleh relax je kat sini.

          Tapi, walaupun aku dapat message dari kau dah tengah hari, aku tetap lega. Marah aku tiba-tiba hilang. Aku marah sebab kau tak bagi tahu aku je. Tapi sakit hati pasal kau lambat sangat nak bagi tahu tu masih ada. Kau bagi message minta maaf kau tak dapat datang sebab takde duit. Kalau sebab macam tu akau rase semalam pon kau boleh bagi tahu aku kan. Aku reply "terima kasih" je. Aku cakap macam tu sebab aku berterima kasih kau sudi bagitahu aku yang kau tak jadi. Sesungguhnya terima kasih aku adalah ikhlas. Bukan menyindir. Daripada kau tak bagi tahu langsung kan. Juz lepas nie, tolonglah bagi tahu awal-awal.

          "Papehal aku roger"
          "jadi ke tidak, nanti aku bagi tahu"
          "Ok... kolo tak jadi, nanti aku msg kau"

          Aku selalu dapat message macam nie. Tapi selalunya ini adalah message yang terakhir dieorang bagi kat aku. Fahamkan. Kenape erk.....? dan message minta maaf tak jadi datang tu sebenarnye message yang pertama yang aku dapat untuk cancel plan. Dan ia datang pada tengah hari. Dan aku dah banyak buang masa menunggu. Kalau mereka inform awal-awal, tak de lah mak aku rasa bersalah ajak aku teman dia pergi musabaqah pagi tu.
(Halllamak......!!! tetiba termarah pulak.... Ya Allah, lindungilah aku daripada syaitan yang di rejam)

          Sebenarnye pagi tu mak aku mintak aku tolong hantar pergi musabaqah. Tapi mak aku tahu plan aku nak keluar. Jadi mak aku kelam kabut la. Cepat-cepat mak aku satle kan kerja dia. Sekali cancel pulak. Mak aku kata, "kalau aku tahu kau tak jadi pergi, takde lah aku kelam kabut macam ni". Tak memasal aku yang kene bambu.

          Kisah sebenar pon dah terkantoi... Benda pon dah lepas. Tak kisah la. Juz aku merayu, tolonglah bagi tahu awal-awal. Dulu aku pon pernah buat orang macam nie. Sebenarnye salah paham. Aku takde niat pon. Mak kawan aku dah masak banyak-banyak. Sekali aku tak jadi datang. Actually aku dah nak datang sabtu, kawan aku ingat Jumaat. Walau macam mana pon aku tetap rasa bersalah. Aku pon sedih time tu. Aku harap kawan aku tu maafkan aku. Aku faham perasaan dia, pasal aku pon pernah kena macam tu. Juz aku rasa mereka yang buat aku tu lebih kejam. Sebab mula-mula beria-ia. Tiba masa, semua buat lupa. Redho je lah dapat kawan macam tu. Nak lepas geram, aku makan semua yang mak aku masak. Dah orang tak jadi.... nak buat macam mana kan.

          Aku pon dah tak tahu lepas ni kalau orang cakap apa-apa, nak percaya atau tidak. Salah aku jugak. Paksa-paksa orang. Aku paksa ke? tak kot... sebab aku dah cakap, kalau tiada halangan, bukan......? Kalau tak mahu, cakap saja.... Tak apa... sebab kita tak tahu kesusahan orang. Mungkin tiada duit, tiada masa, tiada kenderaan, takut, segan, malu, sakit, tak suka dan sebagainye.....  Jadi, benda bergini tidak akan berlaku.

P/s: Serious..... Aku pon selalu buat salah kat orang.... maybe nie semua balasan untuk aku... Astagfirullah halazim.....

What Cats Are Really Thinking

Korang rase la.... kucing korang yang korang sayang-sayang sangat tu tengah fikir ape erk.... ape yang dieorang meoww meowww kan erk.......
 
 
 
 
 
 
 

Potong saga

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.... kesalah fahaman boleh terjadi apabila kita tidak bertanya kepada mereka yang lebih arif. Malu bertanya sesak jalan, banyak bertanya tak tahu malu. tapi better dari tersalah langkah... So, dapatkan informasi yang lengkap sebelum membuat sebarang keputusan... Link di bawah mungkin boleh dijadikan tauladan. Sila tonton


p/s: adeh.....!!! seksa nak naik motor.....

Makhluk berbulu

Makhluk..... makhluk........... apesal la ko comel sangat... comel sangat sampai aku rase nak sepak je bontot die laju2.... Subhanallah.... memang tiada tandingan ciptaan Allah nie... semuanye menarik dan mempunyai sebab yang tertentu mengape mereka diciptakan.........




Kemengongan mu teserlah.....

Selalu gak kite ngok cite omputeh polis kejo penjahat... Memang best la kolo omputeh wat cite drif2 ni kan....... tapi memang tak leh kalahkan yang ini..... best banget.... macam nak lempang je seko2... must watch

serious....... memang sedih

Bile aku tengok iklan nie... muke aku jadi panas.... tak memasal air mate terus menitik.... so touching.... bak kate Sheen (kawan Jimmy Newtron) "kenape yang baik selalu pergi duluuuu....!!!"

iyo...iyo lah pok cik..... den motong nih.....

Clik jika tak mo rabun

Ape kes....?? aku tak paham tol

meow....... meow......

Budak comel.......!!!
Serious aku tak paham... kenape la kucing nie comel sangat....
Aku sungguh berasa jelez...
Kenape aku tak comel cam die gak....

          Dari kecik dulu, aku memang suke sangat kat kucing... Mase umur aku 4 tahun, aku penah kacau kucing gaduh... ye la... time tu aku x tau, kolo kucing gaduh, jangan sebok.... meoooowwwww......!! (maknenye: 0pocot.....!!) dengan lantangnye kucing itu menjerit.... Adeh....!!!! aku kene cakar kat muke..... ape lagi... melalak la aku.... (pompuan... biase la...)

          Aku tak ingat sangat kejadian tu.... tapi aku buat2 ingat je la pas mak aku cerite kat aku.... Mak aku kate mase tu muke aku berdarah.... teruk gak kene.... Pas tu, mak aku amek bulu2 kucing yang melekat kat aku letak kat parut lepas cuci luka atas nasihat seorang nenek berbangsa bugis.... Katenye, cara ni boleh cepatkan penyembuhan... Orang tua cakap nie memang ade betulnye... ye la... meraka lebih dulu makan garam (sebab tu ade darah tinggi)... Mak aku kate memang berkesan... cepat je luke2 aku tu kering tanpa sebarang parut...

         Cam ne pon, mak aku tetap rase hairan ngan aku.... Dah kene cakar dengan kucing pon tak serik2 lagi... dah aku suke kucing..... Rasa suka dan sayang aku pada kucing memang dah tak dapat nak di bendung... Lagi lah kolo kucing tu buat muke sadis dengan biji mata hitam yang membesar.... wow....!!! rase cam puss in the boot lak yang dalan cerite sherek...

          Ake pernah gak gigit telinge kucing pasal aku geram sangat.... menjerit kucing tu.... well, sori lah kucing... sape soh ko comel sangat..... anyway, aq sekarang dah dapat kawal diri bile jumpe kucing... ye la...dah semakin matang......


i'm back.......!!!!

haha.....

Orang buat blog.... aku buat blog jugak... sebok je.... bukan pe... saje-saje.... tapi aku tengok... tak de sape pon dok jengah-jengah blog aku nie... emmmm...... buat muke tembok je la.... syok sendiri pon, syok sendiri la....

        Eh.... lari tajuk lak.... tu lah... banyak sangat makan semut... lupe pasal aku dah balik.... so I'm BAcK...!!!!! (huh...!!! who care)

       Dah.... tu je aku nak cakap pon.... lom ade idea nak tulis p sebenarnye..... lagi satu.... I'm BAcK...!!!!! saye kembali untuk mencilok artikel orang lain lagi.........huwawawawa....... bye.... adios.... t ade mase aku buat la pape......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...