muka suwat...

Thursday, October 22, 2009

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk

solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk

dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi

untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.



Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim

Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah

caranya tuan solat?"

Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim

berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua

anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh

perkara :-



* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku

kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.



Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian

' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini

adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan

bertakbir dengan baik."



"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya

kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud

dengan penuh

pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku

bersolat selama 30 tahun."



Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan

ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

rasullullah di hari kebangkitan

Salam,




Hari-hari kisah politik yang menyayat hati, hari ini

saya baca kisah 'akan datang' yang lebih tragik dan

menyayat hati....



Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu....

Rasulullah Di Hari Kebangkitan





Posted by Bawang Goreng at 4:24 PM





Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar





ari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada

Abbas r.a., bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah

SAW telah bersabda, yang bermaksud: "Aku adalah orang

(manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur

(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku

ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan.

Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya

berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang

terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab

sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari

kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada

di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami

bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang

telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh

para rasul."





Ibnu Abbas r.a berkata: "Orang yang pertama

dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad

SAW. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor

Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama

bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa

bersamanya pakaian-pakaian syurga."





Jibril a.s. akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur

Muhammad SAW?"





Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah

menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran,

tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur

Muhammad SAW"





Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang

dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan

langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."





Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke

tubuh yang baik!"





Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula,

kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika

Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang

tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda

SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada

lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir

air matanya ke pipi.





Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad!

Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang

luas."





Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah

ini?"





Jibril a.s. menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu

takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan

penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."





Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah

aku!"





Jibril as. berkata: "Apakah yang kamu lihat di

hadapanmu?"





Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku.

"





Jibril a.s. berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera

kepujian yang terpacak di atasmu?"





Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku.

Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian

mereka?"





Jibril a.s. berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak

akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"





Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah

pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan

umatku."





Jibril a.s. berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah

Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan

Tuhanmu!"





Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad

SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata

kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan

makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?

Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar

mentaatinya? "





Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku

ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum

dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang

pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang

belum pernah terjadi sebelum ini."





Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu

berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat

kepadamu."





Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW

menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan

Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW

berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang

putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh

yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,

rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang

terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari

perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut

bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.





Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau

sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan

bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan

berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan

menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang

sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya,

terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging

kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan

kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.





Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau

sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu

akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan

yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah

golongan yang celaka dan derita."





Malaikat Israfil a.s. menjerit: "Wahai roh-roh yang

telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu.

Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan

semesta alam."





Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan

ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada

tubuh-tubuhnya! "





Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh

pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah

roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan

mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya

sedia, masing-masing melihat.





Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat

makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang

berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW

merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti

memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang

lautan.





Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah

kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan

oleh Allah Taala."





Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,

baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"





Jibril a.s. berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah

umat yang terakhir."





Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru:

"Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s.

menangis.





Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua

menangis."





Jibril a.s. berkata: "Bagaimana keadaan umatmu,

Muhammad?"





Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"





Jibril a.s. berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka

berjalan lambat dan perlahan."





Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW

menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana

keadaan umatku yang berbuat dosa?"





Jibril a.s. berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad

SAW!"





Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka

gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW

dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka

gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW.

Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad

SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta

memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:

"Wahai Muhammad!"





Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim

memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya.

Umat-umatnya menangis.





Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari

arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"





Jibril a.s. berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan

semesta alam."





Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat

mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat

Muhammad SAW?"





Jibril a.s. berkata: "Mereka adalah sebaik umat."





Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada

kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk

ditayangkan di hadapanKu."





Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu

berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk

ditayangkan kepada Allah Taala."





Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu

berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk

dihadapkan kepada Allah Taala."





Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan

takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin

mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya

menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman:

"Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu

tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan

kamu semua melakukan dosa!"





Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:

"Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa

yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan

memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan

mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai

Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah

kepadanya, bawakan Jahanam!"





Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu

berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah

memerintahkanmu agar membawa Jahanam."





Malik bertanya: "Apakah hari ini?"





Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari

yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan

apa yang telah mereka usahakan."





Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah

mengumpulkan makhluk?"





Jibril menjawab: "Ya!"





Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"





Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"





Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan

kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila

mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat

yang lemah?"





Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"





Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan

yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas

tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang

keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada

kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran

air mata mereka (semuanya menangis).





Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia

mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut.

Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak

mabuk.





Rasulullah SAW Membela Umatnya





Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah

Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap Arsy

yang naik lalu menyeru: "TuhanKu dan Penguasaku! Aku

adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada

hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku

pada hari ini."





Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu

melihat Kekasih mengazab kekasihnya."





Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap

Arsy yang naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku tidak

meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta

saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau

Jahanam!"





Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda

bergantung dengan Arsy lalu menyeru: "Tuhanku...

Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak

meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau

bilau Jahanam!"





Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad

SAW menyeru: "Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.. .. !Aku

tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta

untuk umatku dariMu!"





Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang

memberi syafaat kepada umatnya?"





Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan

Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari

seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara

apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka

adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan

penyeksaan."





Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri

Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.





Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka,

matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di

hadapan Allah Taala.





Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah

memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?"





Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu!

Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat

demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"





Allah Taala berfirman: "Aku percaya!"





Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya

sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan

kepala makhluk."





Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan

sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala

mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas.

Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.





Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap

umat-umat manusia semakin kuat.





Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya

telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda

SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW

rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.





Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka

berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan

Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan

umatnya.





Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari

berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah

Az-Zahara' r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang

menangis."





Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang

menyebabkan dirimu menangis?"





Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah

Taala."





"Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan

mengkhianati walau seorang daripada mereka." Lalu Nabi

SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata

hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang

terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari

kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan

telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang

mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."





Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita

tidak merasa malu terhadap lelaki?"





Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya,

hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib

dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:

Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu

utusan yang melalaikan dia." ( Abasa: 37)





Fatimah r.a. bertanya: "Di mana aku hendak

mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"





Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah

telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."





Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu

tiada di telaga?"





Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas

Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:

"Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para

malaikat akan menyambut: "Aamiin."





Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala

lalu berfirman: "Nescaya akan mengikuti kata-katanya

pada apa yang kamu sembah."





Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka

sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan

tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung

mematuk kacang.





Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka

manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian

daripada orang yang berdiri di situ berkata: "Kami

adalah umat Muhammad SAW!"





Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu

tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"





Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan

Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya."





Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?"





Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami

kenali selainNya."





Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk

diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan

jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela

mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi meminta

syafaat kepada Muhammad SAW!"





Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.

1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.

2. Kumpulan pemuda.

3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.





Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang

ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar

Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak

berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga

merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik.

Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar

Nabi SAW.





Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam!

Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik

wajah mereka. Mereka menyeru: "Di mana Muhammad?"





Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua

umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya

tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia

telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah

membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu

tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk

menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi

ke syurga atau neraka."





Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku!

Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku

mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap

Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh

as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat

sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as

melihat mereka, dia berdiri.





Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk

kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia

dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami

dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka."





Nabi Nuh a.s. berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan

kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku

dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu

berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah

kepadanya agar menolong kamu!"





Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sesungguhnya aku pernah

berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di

dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu

berjumpa Musa a.s.! Mintalah pertolongan darinya!"





Nabi Musa a.s. berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku.

Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku

membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati

dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku

ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya

lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku

takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa

Isa a.s.!"





Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s.

berkata: "Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat

orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku

sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku

malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."





Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang

duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia

berkata: "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah

sesat dari Nabi mereka."





Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW

Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini

umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu

untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."





Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu

bersabda: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai

sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak

pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon

kepada Allah Taala untukmu!"





Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.





Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada

Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad!

Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta

kepadaku."





Nabi Adam a.s. pergi menemui Allah Taala. Allah Taala

berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan

hantarkan anak-anakmu ke neraka!"





Nabi Adam a.s. bertanya: "Berapa ramai untukku

kirimkan?"





Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu

hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka."





Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku

tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan

pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu

keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga

bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang

menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai

Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa

yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya

walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki

syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku

telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan

satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala

agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak

akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap

yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang

yang melampaui batas."





Nabi Adam a.s. berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau

lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu

adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang

ghaib!"





Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat





Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu

untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang

dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan."





Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia

menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari

umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala,

maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka,

dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad!

Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari!

Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"





Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik:

"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,

palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat

melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila

melihatmu."





Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi

Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan

kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului

mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai

umatku di atas Sirat ini!"





Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang

memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang

kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang

baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.

Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga

dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.





Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali,

baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di

atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan

membangunkan dia kembali. Kumpulan ke lapan menarik

muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak

kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan

menyeru: "Wahai Muhammad SAW!"





Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka!

Tuhan! Selamatkan mereka!"





Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas

Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang

mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira

melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di

atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia

ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum

mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa

mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka

memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan

cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan

bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka

memasuki syurga bersama-sama.





Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan

bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.





Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku

sehingga aku melihat bapa dan ibuku."





Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka

telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam

keadaan yatim di sini dan di dunia."





Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu

kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima

oleh syurga akibat dosa mereka."





Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya

lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga

moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami

dengan mereka."





Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan

dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka

iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki

mereka akan tergantung di Sirat.





Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang

yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang

taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera

yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas

kepalanya.





Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga,

kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada

kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka menangis

kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW

bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku

akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."





Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang

berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam

rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala

agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan

menjadikan kita sebahagian daripada mereka.











Dipetik Dari Buku: 1001 Duka Siri 1 "Himpunan

Kisah-kisah Menyayat Hati"

Pengarang: Muhammad Isa Selamat.





Sumber: DarulNuman

Friday, October 16, 2009

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini

bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke

dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,

layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama

TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL

kepada ALLAH.




02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk

menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan

dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima

nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian

dari ALLAH juga.




03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan

rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka

dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada

ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada

ALLAH.



04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu

kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya

ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya

berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu

siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu

yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah

kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),

tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa

dari rahmat ALLAH.



07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air

mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg

telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan

hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu

besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi

pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.





08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya

mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi

akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau

mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.



09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg

bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang

cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi

utusan.



10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah

dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal

sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg

berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,

takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,

pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan

mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan

menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu

kepada kesenangan duniawi sahaja.



12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg

berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu

kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu

diberikan kpd anjing sahaja.




13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan

sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung

memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana

manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu

belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang

yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim

ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.



15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya

bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak

pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan

orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia

tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu

menambahkannya.



16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan

sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura

membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia

masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau

mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka

berhati-hatilah.




17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu

serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan

disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang

lain yg pernah memberikan barang yg berharga.





18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah

dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan

sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg

mengharapkan sesuatu darimu.




19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai

orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap

sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg

akan mendatangkan cela pd dirimu.



20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan

dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja

kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia

sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina

daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.



21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan

mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar,

kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.

Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan

manfaat bagi orang lain.




22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau

bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau

berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau

bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah

mensia-siakan hartamu.



23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi,

sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg

mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan

lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal..




24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim

lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana

sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,

hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara

kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air

hujan.



25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar

keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya

untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia

ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau

akan menjadi pengemis yang membuat beban orang

lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta

meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau

makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah

engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua

muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...